Page 50 - Laporan AKNC UiTM Pahang 2018
P. 50

   TUMPUAN PELANGGAN K3 - 5 dalam buku rekod keluar masuk di pos polis bantuan sebagai langkah kawalan keselamatan
pelajar.
KEPERLUAN KHAS
Ruang Pengajaran Pembelajaran dan Amali
Antara kekuatan UiTMCPh ialah adanya infrastruktur akademik berteknologi tinggi, mesra pelanggan dan mesra OKU untuk menjalankan aktiviti P&P serta amali yang ditunjukkan pada Jadual 3.3 dalam Lampiran 3.
Untuk melancarkan aktiviti P&P, BHEA UiTMCPh dengan bantuan Unit Infotech PPFI sangat responsif kepada aduan kemudahan ICT bilik kuliah dengan membuat pembaikan sebaik sahaja aduan diterima. (Rujuk e-Aduan Fasiliti dalam www.uitm.pahang.edu.my). Mereka juga proaktif menyelenggara bilik kuliah, makmal dan kemudahan infoteknologi ketika cuti semester berlangsung. Selain itu, BHEA telah membuat pembelian 30 buah televisyen LED bagi menaiktaraf kemudahan pengajaran dan pembelajaran di bangunan akademik. Peningkatan bilangan pelajar yang mendaftar masuk pada tahun 2017 menimbulkan risiko kekurangan tenaga pengajar dan ruang kuliah. Justeru, jawatankuasa jadual waktu secara bijaksana telah menggunakan sepenuhnya dewan kuliah untuk pengajaran secara pukal manakala pensyarah Separuh Masa Sepenuh Masa (PTFT) diambil untuk memenuhi agihan tugas syarahan. Untuk memastikan kualiti pengajaran yang setara dengan pensyarah tetap, syarat pengambilan pensyarah PTFT ini ditetapkan berkelulusan sekurang-kurangnya Sarjana dan kelulusan MUET pada Aras 2 dan disaring melalui proses temuduga. Jawatankuasa PROPENS turut membuat pemantauan kuliah ke atas pensyarah PTFT ini bagi memastikan teknik penyampaian bahan kuliah adalah mengikut ketetapan BHEA.
Perpustakaan Al-Bukhari menjadi pusat rujukan utama pelajar UiTMCPh, mampu memuatkan 1,519 pelajar pada satu masa. Sejumlah 102,069 naskah bahan bacaan dengan 74,844 judul terdapat di kampus Jengka manakala di kampus Raub, sebanyak 16,172 naskah dengan 8860 judul bahan bacaan disediakan. Perpustakaan ini turut dilengkapkan 144 unit komputer peribadi di kampus Jengka dan 29 unit di kampus Raub. Kemudahan UiTM Wifi, Celcom WiFi dan Al-Bukhari Hotspot serta Sudut Kafeteria disediakan untuk menggalakkan seramai mungkin pelajar mentelaah di sini. Selain itu, Kelas Kemahiran Maklumat (KKM) yang dikelolakan oleh staf perpustakaan diberi nafas baru dengan tambahan Pakej Penyelidikan (RP) bagi membantu pelajar dan pensyarah yang terlibat dalam penyelidikan. Bermula 2017 juga, Perpustakaan Al-Bukhari mula membuka keahlian baru kepada masyarakat luar bagi menyumbang kepada pembinaan masyarakat berilmu K- Society dan memperkenalkan program Jom Baca Selama 10 minit dalam menyokong Minggu Membaca Kebangsaan 2017. Bagi meningkatkan aktiviti mesra pelanggan, pihak perpustakaan memperkenalkan swa-kendiri peminjaman dan pemulangan serta menyediakan Kiosk Pemulangan (Bookdrop) di bawah Konsep 3A (Anywhere, Anytime. Anyone). Bagi meluaskan pandangan dan menerapkan patriotik, acara seperti Pameran UiTM-Tokyo Nodai (Februari 2017), Program Wakaf Buku (Mei 2017) dan Pameran Kemerdekaan Sehati Sejiwa (Ogos hingga September 2018) diadakan di foyer perpustakaan.
Sokongan Kewangan
UiTMCPh sentiasa menyokong aktiviti persatuan pelajar dengan memudahkan urusan permohonan pembiayaan akademik (TAPA) dan Tabung HEP. Selain itu, pelajar miskin dibantu mendapatkan sumber kewangan dari Tabung Zakat di bawah Unit Zakat UHEI dengan tadbir urus oleh Bendahari UiTMCPh. Pada tahun 2017, sebanyak RM20,150 wang zakat telah diserahkan kepada 114 asnaf dari kampus Raub manakala seramai 63 orang pelajar kampus Jengka menerima sejumlah RM11,250 wang zakat. Inisiatif lain ialah mewujudkanTabung Pelajar Miskin yang diletakkan di lokasi tumpuan staf seperti Bilik Rehat
     Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang
 
























































































   48   49   50   51   52