Page 48 - Laporan AKNC UiTM Pahang 2018
P. 48

   pihak pengurusan. Kawalan dan pemantauan terhadap aktiviti sukan digalas oleh 6 orang staf unit sukan dengan dibantu oleh jurulatih yang mempunyai kelayakan professional. Sebagai contoh, En Mukhriz Mohamed yang merupakan jurulatih pasukan memanah UiTM dan Malaysia ialah pegawai teknikal Kejohanan Memanah Kebangsaan dan Antarabangsa. Klinik Sukan diwujudkan bagi melatih pelajar dan masyarakat setempat yang ingin mengasah bakat dalam sukan memanah, frisbee dan golf serta sukan silat dan taekwando. Acara senamrobik dan Zumba yang dikendalikan oleh pelajar program Sains Sukan menjadi satu medan untuk mereka menonjolkan bakat kejurulatihan selain menyokong gaya hidup sihat di kalangan warga UiTMCPh. Komitmen UiTMCPh menyokong aktiviti sukan ternyata membuahkan hasil apabila pasukan pencak silat UiTMCPh telah berjaya menjadi Johan Keseluruhan Kejohanan Silat Terbuka IPT (peringkat kebangsaan) dan Taming Sari (jemputan antarabangsa) yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pelajar UiTMCPh turut mengungguli sukan memanah serta menjadi wakil di Malaysia ke Kejohanan Sukan Memanah Antarabangsa 2017(Rujuk jadual 7.2e).
UiTMCPh juga meraikan kepelbagaian minat pelajar terhadap aktiviti seni kebudayaan dan persatuan pelajar seperti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK), Persatuan Kelab Dalaman dan Jawatankuasa Sukan Mahasiswa (JSM) dengan mempermudahkan urusan pembiayaan aktiviti dan penggunaan fasiliti. Ternyata kemudahan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar apabila UiTMCPh muncul sebagai Johan Keseluruhan Pertandingan Pengkisahan Negaraku peringkat negeri Pahang dan Naib Johan Festival Teater Pahang. Dalam pertandingan ini, 2 orang pelajar UiTMCPh turut dianugerahkan Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Harapan Lelaki Terbaik. Kecemerlangan bakat pelajar UiTMCPh ini seiring dengan kecemerlangan akademik (Rujuk Jadual 7.1a). Ini kerana, pelajar masih dipantau kehadiran kuliah oleh pensyarah akademik masing-masing. Bagi memantapkan jati diri dan ketahanan pelajar, UiTMCPh mengadakan kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPAM), Jabatan Bomba dan Jabatan Polis daerah Jengka untuk melatih pelajar yang terlibat dengan badan beruniform seperti Kesatria Negara, JPAM dan SUKSES. Hasil inisiatif ini, Komander Kesatria berjaya mendapat pingat Emas dalam acara berbasikal KARISMA 2017, Naib Juara pertandingan Varsity Cycling Challenge 2017 di Universiti Teknikal Melaka (UTeM) dan seramai 500 orang komander menyertai Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC). Dalam memberi fokus kepada aktiviti sukan, UiTMCPh mengenalpasti satu risiko kemungkinan pelajar tidak memenuhi jam kuliah kerana terlibat dengan latihan sukan. Ini ditangani dengan memastikan pelajar yang terlibat dengan sukan mendapatkan kebenaran rasmi pensyarah yang terlibat dan memenuhi syarat wajib kehadiran kuliah untuk menduduki peperiksaan mengikut Peraturan Akademik UiTM.
Kemudahan Internet Jalur Lebar
Untuk akses kepada pembelajaran atas talian, UiTMCPh menyediakan sokongan infostruktur dalam bentuk 195 access point (AP) UiTM WiFi dan 28 AP Streamyx WiFi di pusat tumpuan pelajar dan staf kampus Jengka. Selain itu, 48 AP tambahan turut diletakkan di Kolej Tok Gajah. Sebanyak 341 AP UiTM Wifi disediakan di kampus Raub. Bagi membantu pelajar melayari internet, beberapa orang staf UiTMCPh dilibatkan secara langsung dengan lantikan sebagai Pegawai Penasihat Pelajar. Bagi mengawal risiko kesesakan trafik atas talian pada waktu pejabat dan kawalan kandungan internet, akses WiFi di kolej kediaman hanya dibuka selepas jam 5 petang dan pada hari cuti umum sahaja serta bertapis. Walau bagaimanapun, pengurusan UiTMCPh membenarkan akses Muafakat WiFi 24 jam di bangunan akademik untuk dimanfaatkan oleh pelajar dan pensyarah yang terlibat dengan penyelidikan dan penulisan.
Sokongan Kesihatan Jasmani dan Mental
UiTMCPh memastikan pelajar dan staf dalam keadaan sihat sejahtera dengan sokongan Unit Kesihatan di bawah BHEP yang mempunyai 12 orang staf diketuai oleh seorang Pegawai Perubatan Kanan. Kesihatan mental pelajar diberi perhatian dengan
TUMPUAN PELANGGAN K3 - 3
    Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang
 


























































































   46   47   48   49   50