Page 51 - Laporan AKNC UiTM Pahang 2018
P. 51

   TUMPUAN PELANGGAN K3 - 6
 Pensyarah (BRP), kafeteria dan ruang legar Perpustakaan Al-Bukhari. Dorongan berterusan oleh kepimpinan kanan UiTMCPh terhadap Dasar Hospitaliti meningkatkan keprihatinan staf UiTMCPh terhadap kebajikan pelajar. Ini terbukti dengan kejayaan mengutip RM39,000 untuk program Iftar Ramadhan 1438H/2017M, yang menyediakan juadah buka puasa 600 orang pelajar setiap malam. Pihak pengurusan UiTMCPh juga mengambil kesempatan semasa Mesyuarat Akademik untuk menggalakkan sumbangan wakaf dan zakat melalui potongan gaji untuk membantu aktiviti pembangunan pelajar.
Pengurusan Diri
Semua pelajar semester 1 UiTMCPh diiwajibkan menghadiri Bengkel Student Learning Time (SLT) bagi melatih mereka membuat pembahagian masa pembelajaran, riadah dan rehat dengan berkesan. Setiap pelajar mendapat secara percuma, Manual SLT kendiri yang ditulis oleh pensyarah UiTMCPh, Prof Madya Dr Kamisah Ariffin, Dr Nur Asmaliza Mohd Noor, Cik Hjh Norshariza Mohamad Bhkari dan Cik Asmidar Alias. Pelajar UiTMCPh juga mendapat pendedahan prospek pekerjaan dan pemantapan jati diri melalui program Golden Talk 2.0 dan National Talk yang disampaikan oleh En. Yuhaizam Golden.
Peningkatan Akademik Pelajar Uitmcph dan Masyarakat Setempat
UiTMCPh peka terhadap prestasi akademik pelajar UiTMCPh dan masyarakat setempat dengan menggerakkan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan minat pelajar, menangani keciciran pelajaran serta menggalakkan inovasi kaedah pembelajaran berkesan seperti dalam Jadual 3.4 (Lampiran 3). Sebagai contoh, pelajar Kejuruteraan Awam telah didedahkan kepada tanggungjawab kelestarian dalam Forum Challenges in Sustainable Development for Engineers. Mereka juga dilatih menjalani amali berkonsepkan Open-ended Laboratory (OEL) bagi meningkatkan keupayaan membuat perancangan kerja dan keputusan yang strategik. Hasil inisiatif ini, pelajar diploma Kejuruteraan Awam UiTMCPh telah berjaya membina sebuah rumah kos rendah (RKR) dengan kos pembinaan RM20,000 dan berjaya disiapkan dalam masa 3 minggu. Susulan kejayaan ini, UiTMCPh telah diberi kepercayaan untuk membina RKR di kawasan sekitar Jengka. UiTMCPh turut mempelopori kaedah pembelajaran Conceive-Design-Implement-Operate (CDIO) bagi melahirkan pelajar yang lebih berdikari, kreatif, praktikal dan berdaya saing. Lawatan akademik turut diadakan untuk meluaskan pengetahuan pelajar. Melalui Dasar Apresiasi, UiTMCPh meraikan pelajar cemerlang dalam Majlis Kecemerlangan Akademik 2017 untuk menunjukkan pengiktirafan terhadap dedikasi pelajar dalam akademik (Rujuk Hasil 7.3d).
Beberapa inovasi kaedah pembelajaran di UiTMCPh telah mendapat liputan media TV1 pada bulan April dan September 2017. Antaranya, Permainan Perakaunan (https://youtu.be/YiAyLchg1dc ) dan Teknik Adimatik (https://youtu.be/raDsHDmDU_8 ). Selain itu, penilaian latihan industri (LI) melalui Sistem Penilaian Latihan Industri Bersepadu Atas Talian (ITAIS) dan Sistem Android-Link e-PIYC untuk menilai pembentangan projek tahun akhir pelajar diploma, juga merupakan proses inovasi penilaian kompetensi pelajar yang tepat, telus, sistematik dan kos efektif. UiTMCPh turut menyumbang kepada peningkatan ilmu masyarakat setempat dalam penganjuran seminar dan bengkel UPSR dan SPM dengan membenarkan penggunaan Dewan At-Tabari, Dewan Al-Farabi dan Ibnu Hazm untuk Seminar Keluarga Sunnah 2017 dan Bengkel Love Math with Adimatik. Sebagai anggota masyarakat Jengka, UiTMCPh turut menyantuni masyarakat sekitar dalam aktiviti pelajar seperti festival mahasiswa Kalam Fest dan Hari Terbuka Kolej selain menyewakan ruang untuk acara walimatulurus di Rumah Tamu dan Dewan Indera Segara. Program CSR untuk meningkatkan minat pelajar sekolah rendah dan tadika terhadap bidang sains turut dijalankan oleh Pusat Pengajian Sains seperti program Bringing Science to Life yang dijalankan pada 20 September 2017 di SK Jengka Pusat dan Saintis Cilik pada 20 Ogos 2017. Program Playing with English dan Inter-school Spell Master 2017 dianjurkan oleh Akademi Pengajian Bahasa (APB). Pelajar UiTMCPh turut melibatkan diri secara aktif sebagai penggerak program pemantapan akademik seperti program Get It Right, Spell Champ: Inter Campus Challenge dan Public Speaking: Campus Challenge.
     Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang
 


























































































   49   50   51   52   53