Page 59 - Laporan AKNC UiTM Pahang 2018
P. 59
PENGUKURAN, ANALISIS DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN K4 - 5
PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN
Data-data yang diperolehi mengikut kaedah dan kekerapan seperti mana yang ditunjukkan dalam Jadual 4.1 dan Rajah 4.2 melalui proses penyemakan pencapaian sasaran sama ada setiap semester atau tahunan mengikut kitaran penambahbaikan berterusan. Amalan yang berjaya dikongsi manakala amalan yang tidak mencapai sasaran perlu ditambah baik berdasarkan penambahbaikan berterusan seperti dalam Rajah 4.3.
Rajah 4.3 : Kitaran Sistem Pengukuran Pencapaian dalam Penambahbaikan Berterusan dan Pengurusan Pengetahuan
Beberapa pembaharuan melalui hasil ukuran dan penganalisaan data telah dilaksanakan untuk penambahbaikan prestasi organisasi khususnya dalam pembangunan
pelajar UiTMCPh adalah seperti Rajah 4.4:
Rajah 4.4 : Penambahbaikan Berterusan di UiTMCPh
Pengurusan Maklumat, Risiko dan Tindakan Pencegahan
Data, maklumat dan pengetahuan diuruskan dengan tatacara tertentu. UiTMCPh mengenal pasti risiko berkaitan data yang dikumpul, staf dan perkakasan penyimpanan data serta melaksanakan tindakan pencegahan seperti dalam Jadual 4.3.
Jadual 4.3: Pengurusan Maklumat & Risiko dan Tindakan Pencegahan
Risiko
Tindakan Pencegahan
Ketepatan data
● Dokumen terkini dan disahkan oleh PTJ.
● Data diaudit.
● Data diperolehi daripada sumber yang
sah.
● Tarikh kemaskini terakhir dipaparkan.
● Sistem rasmi seperti ICRESS, AIMS,
e-Klinik, e-Latihan
● Prosedur SPK
● Surat / Pekeliling
● Perintah Am
● Syndicated marking
● Pemeriksa kedua
● Teknik Penandaan Matematik
Integriti dan kebolehpercayaan data
● Penyediaan maklumat secara berkala serta data dan maklumat dari sumber yang sah (FAIS,
ISIS, Stars, ILMU, dan e-Aduan, laporan akhbar) megikut KPI bahagian / unit. ● Perlindungan virus, Firewall
Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang