Page 98 - Laporan AKNC UiTM Pahang 2018
P. 98
HASIL PENCAPAIAN K7 - 29
dijana oleh beberapa persatuan dan kelab di kampus UiTMCPh. Ini termasuklah kutipan yuran kelab setiap fakulti, tabung amanah aktiviti perladangan, dan pelbagai penganjuran yang lain. Sebahagian besar dana kutipan ini diuruskan oleh pihak persatuan dan dibelanjakan untuk kepentingan persatuan tersebut sahaja. Ringkasan jumlah penjanaan pendapatan dari sumber- sumber utama (seperti simpanan tetap di bank-bank, penganjuran seminar dan bengkel dan sewaan fasiliti fizikal) bagi kampus UiTMCPh diringkaskan pada Rajah 7.i.
Secara umumnya, UiTMCPh berjaya meningkatkan penjanaan pendapatannya dalam tempoh penilaian tahun 2014 hingga tahun 2017. Penjanaan pendapatan UiTMCPh didapati telah meningkat sebanyak 22.9 % (RM209,999.00) pada tahun 2015 berbanding 2014, seterusnya meningkat sebanyak 33.5 % (RM376,025.00) pada tahun 2016 berbanding 2015 dan seterusnya meningkat sebanyak meningkat sebanyak 166.3% (RM2492768) pada tahun 2017 berbanding tahun 2016. Peningkatan ini menunjukkan bahawa pihak pengurusan UiTMCPh begitu komited dalam membantu meningkatkan dana kewangan UiTMCPh secara berterusan.