Page 97 - Laporan AKNC UiTM Pahang 2018
P. 97

   sebagai usahawan muda yang mahir dari aspek penanaman, penternakan, penjagaan penanaman dari serangga perosak, penjagaan penternakan dari wabak penyakit serta mempunyai kemahiran komunikasi dengan orang ramai. Hasil MyAgrosis juga memberi pendapatan kepada usahawan muda.
Alat inovasi permainan perakaunan (Accounting on the block) yang diilhamkan oleh beberapa pensyarah UiTMCPh dan menggunakan khidmat pelajar sebagai fasilitator telah diperakui oleh Malaysian Institute Accountancy (MIA) dapat mendorong kesedaran pelajar dan orang awam terhadap bidang perakaunan. MIA telah bersetuju mencadangkan alat inovasi ini dalam kempen program financial literacy anjuran MIA. Pelajar telah berkhidmat menjadi fasilitator alat inovasi ini di Kolej Professional Beranang, Sekolah Menengah Tengku Kudin, Universiti Perguruan Sultan Idris dan UiTM Kelantan. Aktiviti sebagai fasilitator ini telah memberi ruang kepada para pelajar meningkatkan pemahaman serta keyakinan diri di dalam komunikasi bidang perakaunan. Keyakinan pelajar berhadapan dan berkomunikasi dengan orang ramai terserlah apabila mereka dengan yakinnya menjadi tetamu TV1 secara langsung membicarakan tentang kepentingan alat inovasi ini pada 20 September 2017.
Jadual 7.5b: Peratus ROI Tahun 2017
Sumber: Pejabat Bendahari UiTMCPh
Data ROI di atas adalah hasil daripada program yang telah dilaksanakan bagi tahun 2017. Ini menunjukkan bahawa program tersebut mampu memberi pulangan yang baik kepada UiTMCPh. Hasil yang diperolehi bukan sahaja memberi faedah kepada UiTMCPh malahan juga kepada pelajar di mana mereka diberi peluang dan pengalaman untuk menguruskan ladang dan memasarkan hasil pertanian.
Hasil Penjanaan Pendapatan
Bagi menampung kekurangan peruntukan kewangan yang telah diberikan oleh pihak UiTM induk kepada pihak pengurusan kampus UiTMCPh, pihak pengurusan UiTMCPh sendiri telah berusaha dengan mempelbagaikan aktiviti bagi penjanaan sumber kewangannya sendiri. Bagi memantapkan sistem pengurusan kewangan dan lebih bersistematik, pihak pengurusan UiTMCPh melalui pejabat bendaharinya, telah mewujudkan beberapa kategori kutipan yang dinamakan sebagai kumpulan wang amanah, kumpulan wang pengurusan, kumpulan wang penyelidikan, kumpulan wang perundingan dan kumpulan wang pendapatan cawangan. Semua kumpulan wang ini diselengarakan oleh pihak bendahari UiTMCPh.
Hasil pendapatan utama yang diperolehi oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar adalah menerusi Unit Pengurusan Kolej seperti pendaftaran pelajar baru, bayaran penginapan, bayaran barangan elektrik dan sewaan tapak gerai anjuran aktiviti pelajar, dan juga sewaan gelanggang untuk aktiviti sukan. Semua pendapatan ini disalurkan ke dalam kumpulan wang amanah yang telah diwujudkan. Selain daripada kumpulan wang tersebut, masih terdapat pelbagai sumber kewangan yang
HASIL PENCAPAIAN K7 - 28
      Tahun
        Program
     Amaun (RM)
    Hasil
   Kos
      ROI, %
    2017
     Tabung Amanah Ladang
   143,736
 49,141
   192
   Fertigasi Cili dan Herba Pilihan
  8,730
 5,727
   52.4
 5000000
4000000 3,994,823 3000000
2000000
1000000
0
2013.5 2014 2014.5 2015 2015.5 2016 2016.5 2017 2017.5
914,031
1,124,030
1,500,055
 Sumber: Pejabat Bendahari UiTMCPh
Rajah 7.5i. Jumlah Penjanaan Pendapatan Bagi Kampus UiTMCPh Bagi Empat Tahun Berturutan
   































































   95   96   97   98   99