Page 95 - Laporan AKNC UiTM Pahang 2018
P. 95

   HASIL PENCAPAIAN K7 - 26
 kebajikan pelajar berkurangan dalam tempoh 4 tahun sehingga 2017. Perbelanjaan untuk kebajikan pelajar berkurangan sebanyak 12% hingga 50.4% dari tahun 2015 hingga tahun 2017 berbanding 2014.
Secara umumnya, pengurangan jumlah perbelanjaan bagi tiga tahun berturutan adalah dipengaruhi oleh langkah penjimatan yang diamalkan oleh pihak pengurusan UiTMCPh. Namun begitu, pelajar turut dibantu oleh dana wakaf UiTMCPh. Gesaan agar semua aktiviti berkaitan akademik dijalankan di dalam kampus sahaja dan semua program lawatan pelajar yang termaktub dalam pelan pengajian pelajar dijalankan di dalam negeri Pahang sahaja telah mempengaruhi kos perbelanjaan berkaitan akademik pada tahun 2015 dan 2017 (Rajah 7.5f).
 728,244
332,276
429,922
2014 2015 2016 2017
281,039
Sumber: Unit HEA UiTMCPh
Rajah 7.5f: Tren Perbelanjaan Menggunakan Tabung TAPA/ Wang Pengurusan Perkhidmatan Pelajar Bagi Tahun 2014 Hingga 2017
Pada tahun 2017 perbelanjaan berkaitan akademik adalah menggunakan wang pengurusan perkhidmatan pelajar dan tidak lagi menggunakan tabung TAPA seperti tahun-tahun sebelumnya. Kawalan pembelian bahan mentah bengkel dan makmal telah dikawal selia dengan teliti agar tidak berlaku pertindihan dan pembaziran juga telah mempengaruhi tren
perbelanjaan yang digunakan. Perbelanjaan berkaitan aktiviti akademik keseluruhan program diploma dan ijazah di UiTMCPh bagi tahun 2017 adalah hanya sebanyak RM281,039.00 iaitu menurun sebanyak 34.6% berbanding tahun sebelumnya.
Penyediaan kemudahan pelbagai jenis sumber rujukan akademik samada dalam bentuk buku dan elektronik juga memerlukan perancangan yang teliti agar selari dengan perubahan sistem akademik terkini dan penggubalan
semula silabus yang berlaku secara
berkala. Bagi UiTMCPh, jumlah
perbelanjaan untuk tahun 2015 dan 2016
adalah agak setara iaitu RM362,927.15
dan RM368,132.79 bagi kedua-dua tahun
tersebut dan pada tahun 2017 meningkat
kepada RM880,545.86 iaitu
peningkatan sebanyak 139.1%
berbanding tahun sebelumnya (Rajah
7.5g). Peningkatan tersebut adalah disebabkan oleh pembinaan perpustakaan di Kampus Raub dimana jumlah buku dibeli bagi melengkapi perpustakaan tersebut (Rujuk Rajah 7.4s).
Pembudayaan Keusahawanan
Bagi melahirkan generasi graduan yang bersifat holistik, berdaya saing dan mempunyai jati diri yang tinggi, maka konsep dan pengetahuan berkenaan dengan dunia perniagaan perlu disemai dalam jiwa setiap pelajar. Menyedari sengitnya saingan secara global dalam pasaran pekerjaan masa kini, pihak UiTM amnya dan UiTMCPh khasnya telah mengambil beberapa inisiatif bagi membantu meningkatkan jati diri keusahawanan kepada setiap pelajar secara mewujudkan beberapa kursus dan bengkel secara berterusan. Beberapa persatuan dan pusat diwujudkan oleh pihak UiTMCPh untuk membolehkan para pelajar terlibat secara langsung
 2017 2016 2015 2014
368,133 362,927
478,572 400000 600000
880,546
1000000
0
200000
800000
 Sumber: Pejabat Bendahari UiTMCPh
Rajah 7.5g: Rekod Perbelanjaan Bagi Pembelian Buku dan Lain-Lain Kelengkapan Perpustakaan Bagi Tahun 2014 Hingga 2017
   































































   93   94   95   96   97