Page 93 - Laporan AKNC UiTM Pahang 2018
P. 93
diamalkan oleh pihak pengurusan UiTMCPh juga mempengaruhi jumlah peruntukan yang digunakan bagi pembangunan sukan UiTMCPh. Peruntukan perbelanjaan oleh unit sukan berkurangan sebanyak 15.6 % pada tahun 2015, 33.8 % pada tahun 2016 dan 55.4 % pada tahun 2017 (Rajah 7.5c).
Kecemerlangan aktiviti sukan dapat dilihat daripada keputusan kejohanan yang telah disertai. Unit sukan UiTMCPh telah mengadakan pelbagai aktiviti dalam pelbagai acara sukan dalam usaha untuk mencungkil bakat-bakat baru dikalangan pelajar. Pelbagai acara sukan telah disertai oleh mahasiswa UiTMCPh dan telah mencapai pelbagai kejayaan samada diperingkat negeri dan juga kebangsaan (Rujuk Rajah 7.4). Pada masa yang sama, unit pengurusan HEP juga telah membelanjakan sebanyak RM131,375.48 bagi menjayakan pelbagai aktiviti ko- kurikulum pada tahun 2017.
Penganjuran aktiviti ko-kurikulum secara tidak langsung menyokong kepada kecergasan
dan pemantapan jati diri pelajar. Perbelanjaan untuk tahun 2017 bagi aktiviti ko-kurikulum didapati
setara berbanding perbelanjaan bagi tahun 2014 dan 2015 kesan daripada peningkatan kos
penganjuran dan juga bilangan peserta yang bertambah. Antara program utama yang telah
dilaksanakan termasuklah pencarian bakat baru, Kejohanan Sukan Mahasiswa, Pertandingan
Futsal, Pertandingan sukan antara fakulti, pertandingan pencak silat dan banyak lagi. Antara
kejayaan yang gemilang telah diraih hasil dari penyertaan dalam beberapa aktiviti sukan diringkas
dalam Jadual 7.5a.
Jadual 7.5a: Rekod Pencapaian Atlet UiTMCPh Dalam Beberapa Kejohanan Sukan Pada Tahun 2017
HASIL PENCAPAIAN K7 - 24
Kejohanan
Peringkat
Pencapaian
Emas
Perak
Gangsa
Kejohanan Silat Terbuka IPT dan Jemputan Antarabangsa Taming Sari
Antarabangsa
5
1
2
Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan Pertama
Kebangsaan
-
-
-
Liga Futsal IPT Piala Menteri KPT
IPT
Lelaki : Tempat ke-9
Kejohanan Taekwondo Jemputan KL
Terbuka
3
2
1
Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan Kedua
Kebangsaan
-
-
-
Karnival Sukan MASUM
IPTA
Membantu kontinjen UiTM menjadi Juara Keseluruhan
Kejohanan Pencak Silat Jemputan KL
Terbuka
4
2
1
Karnival Sukan Mini KARiSMA
UiTM
-
1
-
Kejohanan Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri
Antarabangsa
-
3
3
Kejohanan Memanah Terbuka UniSZA
Terbuka
-
1
1
Liga Bola Sepak IPT Piala Menteri KPT
IPT
Divisyen 1 Menang 6/10 perlawanan
Kejohanan Silat Jemputan Politeknik Malaysia
Terbuka
3
4
6
Karnival Sukan Mahasiswa UiTM SeMalaysia (KARiSMA)
UiTM
5
12
21
Kejohanan Hoki Piala Universiti Sultan Azlan Shah
IPT
Lelaki / Wanita : Suku Akhir
Kejohanan Ping Pong Jemputan UiTM Kampus Kesihatan
IPTA
-
-
1
Kejohanan Taekwondo Jemputan MMU
Terbuka
9
4
8
Sumber : Unit Sukan UiTMCPh