Page 91 - Laporan AKNC UiTM Pahang 2018
P. 91
HASIL PENCAPAIAN K7 - 22
7
Encik Mohd Fauzi Bin Hashim
Pegawai Eksekutif Kanan
P .K.T
8
Encik Salmee Bin Siron
Pembantu Makmal Kanan
P .K.T
9
Puan Hasfiza Binti Abdullah
Pegawai Khidmat Pelanggan
P .J.K
10
Haji Mustafa Kamal Bin Mat
Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP)
S.A.P
11
Puan Zabedah Binti Abd Karim
Timbalan Bendahari
S.M.P
12
Encik Ahmad Zairiee Bin Hj. Mohd Nasir
Pengurus Asrama Kanan
A.M.P
13
Encik Mohd Hanifah Bin Hashim
Penolong Pendaftar (HEP)
A.M.P
14
Encik Abdul Manan Bin Yunus
Pegawai Eksekutif Kanan
A.M.P
Sumber: Pentadbirant UiTMCPh
Sebagai sebuah institusi yang memberi impak positif kepada perkembangan pendidikan di negeri Pahang, staf UiTMCPh telah mendapat pengiktirafan dari pihak istana. Jadual 7.4d memaparkan penerima anugerah tersebut. Pengiktirafan ini menunjukkan staf UiTMCPh komited dalam melahirkan pelajar yang memenuhi keperluan pasaran dan berdaya saing sehingga berjaya menarik perhatian pihak luar.
7.5 Hasil Prestasi Kewangan
Keberkesanan Kos
Dengan penurunan kuasa autonomi oleh pihak KPT, cabaran bagi setiap Universiti Awam (UA) termasuk UiTM adalah untuk meningkatkan usaha penjanaan pendapatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada dana kewangan kerajaan. Secara tidak langsung, penurunan kuasa ini telah menjadi satu cabaran kepada pengurusan UiTMCPh untuk mengurus sumber kewangan yang diperuntukkan secara efisyen dan produktif. Melalui penurunan kuasa ini, UiTMCPh dibenarkan untuk beroperasi secara bebas dalam lingkungan rangka kerja pengawal seliaan yang diwujudkan oleh pihak kerajaan dengan struktur tadbir urus yang mantap, hak membuat keputusan yang jelas, dan pengurusan pihak berkepentingan yang berkesan.
Keberkesanan kos dalam pelaporan ini merujuk kepada jumlah peruntukan yang digunakan bagi mencapai hasil yang maksimum daripada program yang dijalankan oleh pihak UiTMCPh dalam usaha untuk melahirkan graduan yang memenuhi kehendak pasaran dan berdaya saing di peringkat global. Pelaporan ini secara umumnya merumuskan hasil prestasi kewangan yang telah diperuntukkan dalam usaha UiTMCPh untuk merealisasikan inisiatif strategik yang telah ditetapkan yang merangkumi pelaksanaan program pembangunan insaniah, pembangunan prasarana kampus, pembangunan kualiti akademik dan pembudayaan aktiviti keusahawan di kalangan pelajar UiTMCPh. Rajah 7.5a menunjukkan nisbah peruntukan tahunan
yang diterima oleh pihak pengurusan UiTMCPh berbanding agihan kepada bahagian HEP UiTMCPh.
Pihak pengurusan UiTMCPh telah menerima peruntukan tahunan daripada pihak UiTM Induk berjumlah antara 14.6 hingga 16.7 juta ringgit setahun bagi perbelanjaan pengurusan kampus bagi tahun 2014
hingga 2017 (Rajah 7.5a). Atas desakan faktor kesuraman ekonomi
2017 2016 2015 2014
3,232,786 2,442,858
2,944,804 3,700,035
5,000,000
14,548,355 16,317,880
16,650,000
16,000,000 15,000,000 20,000,000
0
10,000,000
Peruntukan HEP Peruntukan UiTMCPh
Sumber: Pejabat Bendahari UiTMCPh
Rajah 7.5a: Nisbah Peruntukan HEP Berbanding Peruntukan Tahunan Kampus Bagi Tahun 2014 Hingga 2017