Page 92 - Laporan AKNC UiTM Pahang 2018
P. 92
negara dan seruan perbelanjaan secara berhemah oleh pihak kerajaan kepada semua sektor awam, secara relatifnya, pecahan peruntukan yang diberikan kepada pihak HEP oleh pihak pengurusan UiTMCPh adalah semakin berkurangan iaitu dengan pecahan peruntukan sebanyak 23.1 % pada tahun 2014 berkurangan kepada 17.7% dan 15.0 % untuk tahun 2015 dan 2016 dan meningkat sedikit pada tahun 2017 dengan pecahan peruntukan 22.2%. Dengan pengurangan peruntukan pada tahun 2015 hingga 2016 dan peningkatan yang kecil pada tahun 2017, pihak pengurusan HEP masih mampu melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna demi memenuhi semua inisiatif strategik UiTMCPh yang telah ditetapkan.
Kos Pembangunan Pelajar
Kegagalan siswazah mendapat pekerjaan adalah disebabkan mereka tidak memiliki kemahiran insaniah yang diperlukan majikan. Ini kerana kebolehpasaran setiap graduan dinilai oleh pihak majikan dalam pelbagai aspek. Selain pencapaian akademik yang cemerlang, pelajar juga perlu mempunyai kemahiran insaniah seperti mampu berkomunikasi secara berkesan, kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan, pemikiran kritis, dan ilmu keusahawanan. Pihak majikan lebih cenderung mencari bakal pekerja yang memiliki pelbagai kemahiran tanpa perlu memberi latihan dalam perkhidmatan bagi penjimatan kos operasi syarikat.
Menyedari akan kepentingan kepelbagaian kemahiran yang perlu ada pada diri pelajar sebagai asas pembentukan graduan yang holistik dan mempunyai nilai pasaran yang tinggi, pihak pengurusan UiTMCPh telah menggunakan sebahagian peruntukan pengurusan kampus bagi penganjuran pelbagai kursus dan bengkel yang dianggap mampu meningkatkan jati diri para pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka di UiTMCPh. Rajah 7.5b meringkaskan jumlah perbelanjaan bagi perlaksanaan beberapa program pemantapan jati diri pelajar bagi tahun 2014 hingga 2017.
Bagi menyahut saranan pihak
kerajaan agar mengamalkan perbelanjaan
berhemah, pihak pengurusan UiTMCPh
telah mengambil langkah kawalan
perbelanjaan yang optimum dengan
sasaran hasil yang maksimum. Amalan
penjimatan yang diamalkan oleh pihak
UiTMCPh didapati telah mengurangkan
kos perbelanjaan penganjuran pelbagai
program sebanyak hampir 25.0 % bagi
tahun 2015, 40.0 % pada tahun 2016 dan
44.4% pada tahun 2017 berbanding dengan perbelanjaan pada tahun 2014.
HASIL PENCAPAIAN K7 - 23
400,000 350,000 300,000 250,000 200,000 150,000 100,000
50,000 0
378,031
Tahun 2014
284,094
Tahun 2015
228,035
Tahun 2016
210,120
Tahun 2017
Sumber: Unit HEP UiTMCPh
Rajah 7.5b: Peruntukan Penganjuran Program Pemantapan Jati Diri Mahasiswa Bagi Tahun 2014 Hingga 2017
366,933
151,764 Tahun 2014
309,352
131,375 350,731
242,867
Tahun 2016
113,298 Tahun 2015 Peruntukan aktiviti sukan
163,534
Tahun 2017
Peruntukan aktiviti ko-kurikulum
Sumber: Unit HEP UiTMCPh
Rajah 7.5c Perbandingan Jumlah Peruntukan Bagi Aktiviti Sukan dan Ko- Kurikulum Bagi Tahun 2014 Hingga 2017
Proses pembelajaran yang berkesan juga sering dikaitkan dengan tahap kecergasan fizikal dan minda yang baik dikalangan mahasiswa. Untuk tujuan tersebut, sejumlah peruntukan telah digunakan oleh pihak pengurusan UiTMCPh bagi penganjuran aktiviti-aktiviti sukan
samada yang berbentuk ko-kurikulum dan juga pertandingan. Langkah penjimatan yang