Page 96 - Laporan AKNC UiTM Pahang 2018
P. 96

   HASIL PENCAPAIAN K7 - 27
 dengan aktiviti keusahawanan seperti MASMED, KOSISWA, Tunas Mekar, MyAgrosis dan juga pertandingan inovasi dan rekacipta dikalangan pelajar. Pihak pengurusan UiTMCPh juga menyediakan tapak jualan dan “booth” bagi membolehkan para pelajar terlibat dengan aktiviti keusahawan di peringkat Kampus. Bengkel keusahawanan agroteknologi juga diperkenalkan bagi membolehkan pelajar terlibat secara secara langsung sebagai usahawan tani. Untuk mencapai segala inisiatif strategik ini, pihak pengurusan UiTNCPh telah mengeluarkan sebahagian perbelanjaan bagi mengadakan beberapa siri ceramah, bengkel dan lain-lain aktiviti berkaitan keusahawan di dalam dan luar kampus.
 2017 2016 2015 2014
25320
30000
46280 48660
50275
50000 60000
0
10000
20000
40000
Rajah7.5h menunjukkan tren
perbelanjaan bagi penganjuran beberapa
aktiviti keusahawanan bagi tahun 2014
hingga 2017. Jumlah perbelanjaan
penganjuran aktiviti keusahawanan
menurun dalam tempoh 4 tahun
sehingga tahun 2017. Perbelanjaan
berkurangan sebanyak 3.2% pada
tahun 2015, 4.9 % pada tahun 2016 dan
45.3% pada tahun 2017. Namun begitu aktiviti keusahawanan tetap berjalan dengan baik mengikut KPI yang ditetapkan dan pengurangan perbelanjaan ini adalah disebabkan terdapat aktiviti yang dianjurkan bersama pihak UiTM induk (MASMED UiTM Shah Alam) dan pihak luar seperti MITI Pahang, Kerajaan Negeri Pahang dan Dian Awana Solution.
Pulangan Pelaburan (ROI)
Produktiviti adalah keupayaan untuk menghasilkan output daripada satu set input yang diberikan. Ianya mengukur kecekapan dan keberkesanan dalam penggunaan sumber (seperti pekerja, teknologi, sistem pengurusan dan lain-lain) secara optimum dan menukar input kepada output berguna.
Pembinaan Kompleks Tok Gajah (Asrama) telah memberikan keselesaan penginapan yang lebih sempurna kepada pelajar-pelajar UiTMCPh. Setiap bilik hanya didiami oleh 2 orang pelajar dan ruangan rehat dan sudut-sudut perbincangan disediakan dengan kuantiti yang mencukupi. Kemudahan penginapan ini mengurangkan bilangan pelajar yang tinggal di luar kampus (NR) dan secara tidak langsung mengurangkan kos pengangkutan berkala (menggunakan bas) yang diamalkan oleh UiTMCPh sebelum ini
Dalam bidang sukan, UiTMCPh secara umumnya boleh berbangga kerana telah berjaya melatih dan melahirkan beberapa mahasiswa yang bergelar atlet kebangsaan. Kejayaan ini dianggap telah memberi pulangan yang baik ke atas segala pelaburan kewangan yang dikeluarkan (ROI). Sebagai rekod, pelbagai kejayaan telah diperolehi oleh atlet memanah UiTMCPh sepanjang tahun 2014 hingga 2017 seperti yang ditunjukkan dalam Lampiran 7.5a. Semua pencapaian ini dianggap telah memberi pulangan yang baik ke atas segala perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh pihak UiTMCPh.
Kejayaan projek MyAgrosis juga telah memberi pulangan pelaburan (ROI) yang amat membanggakan. Projek-projek perintis seperti Penternakan Kelulut, Cendawan Tiram, Sistem Penanaman Palong, Fertigasi Kacang Panjang, Fertigasi Terung Mini, Ayam Kampung Kacuk dan K-shoppe telah melahirkan seramai 72 orang usahawan tani muda pada tahun 2017. Hasil pertanian dan belaan mereka telah dijual secara berterusan kepada seluruh masyarakat kampus UiTMCPh dan masyarakat setempat. Projek MyAgrosis ini telah menjadikan pelajar yang terlibat
Sumber: PJI UiTMCPh (Masmed)
Rajah 7.5h: Tren Perbelanjaan Bagi Penganjuran Aktiviti Berkaitan Keusahawanan Bagi Tahun 2014 Hingga 2016
   





































































   94   95   96   97   98