Page 5 - demo
P. 5

SEKAPUR SIRIH



                                                                  PENGETUA



          Bismillahirrahmanirahim.
          Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

          Saya  ingin  merafakkan  kesyukuran  ke  hadrat  Ilahi  kerana  saya    dapat  bersama-
          sama  tuan-tuan  dan  puan-puan  sekalian  dalam  majlis  Hari  Anugerah  Cemerlang
          2019 yang penuh bersejarah kepada seluruh warga SMK Padang Serai pada pagi
          ini. Pada kesempatan ini,  saya ingin mengucapkan    tahniah  kepada warga SMK
          Padang  Serai  atas  kecemerlangan  yang  telah  dicapai  dalam  peperiksaan  awam
          SPM dan PT3 2018.

             Peratus lulus PT3 2018 ialah 64.32 dengan Gred Purata 4.06. Terdapat seorang
          murid memperoleh  8A dalam PT3, sementara seramai empat orang mendapat 7A
          dan 10 orang mendapat 6A. Bagi SPM 2018  seramai 240 calon yang mendaftar.
          Calon yang lulus semua mata pelajaran berjumlah 104 (44.07).  Calon yang layak
          mendapat sijil pula ialah 172 orang (72.88%). Keputusan SPM 2018 mencatat Gred
          Purata Sekolah 5.84. Kita telah menghasilkan 2 orang murid yang “Straight A”.

             Pelajar yang kurang mendapat A bukanlah golongan yang gagal. Mereka masih
          mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan mencipta masa hadapan
          yang cerah selagi mereka mahu berusaha dan ada matlamat kehidupan yang jelas.

             Akhir kata, kejayaan yang dicapai tidak datang bergolek, malah kecemerlangan
          yang dicipta bukan atas usaha satu pihak. Oleh itu kita mesti terus berusaha tanpa
          jemu dan putus asa. Malah kita iaitu pihak sekolah, ibu bapa, PIBG, jabatan-jabatan
          kerajaan  dan komuniti seluruhnya mesti bersatu dan membantu bagi
          memastikan kecemerlangan anak-anak kita terus tercipta.

          Sekian, terima kasih.


          ABDUL RAHMAN BIN MALIK
          Pengetua
          SMK Padang Serai


                                       5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10