Page 6 - demo
P. 6
SEULAS PINANG
YANG DIPERTUA PIBG
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT,
kerana dengan izin dan kurnianya, maka SMK Padang Serai sekali lagi berjaya
menyempurnakan Hari Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 2019.
Pada kesempatan ini, saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada seluruh warga SMK Padang Serai atas kejayaan melaksanakan
majlis anugerah ini.
Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya
mendapat anugerah pada hari ini. Anugerah ini merupakan pengikhtirafan kepada
pelajar di atas kejayaan yang telah mereka capai.
Saya juga berharap pelajar-pelajar dapat memanfaatkan usaha-usaha yang dilakukan
oleh guru-guru SMK Padang Serai dengan sepenuhnya. Ini kerana tugas guru merupakan
satu usaha untuk melahirkan negara bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang
pada masa akan datang.
HAJI AHMAD SULONG BIN ISMAIL
YDP PIBG
SMK Padang Serai
6