Page 41 - LAPORAN TAHUNAN 2018
P. 41
PENGENALAN
Jabatan Teknologi Mekanikal Pemesinan merupakan salah satu jabatan di bawah Bahagian
Pengurusan Latihan, IKTBN Sepang. Jabatan ini berfungsi untuk menyediakan latihan teknikal bagi
pelajar sepenuh masa dan separuh masa. Program separuh masa dilaksanakan secara modular
bergantung kepada keperluan individu/syarikat. Program yang dilaksanakan adalah berpandukan
kurikulum latihan kemahiran mengikut Standard Kemahiran Kebangsaan (NOSS) dan Struktur
Kurikulum yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan.
FUNGSI
Fungsi Jabatan Teknologi Mekanikal Pemesinan adalah seperti berikut :-
• Mengajar subjek kemahiran dan melaksanakan penilaian terhadap pelajar
• Merancang, mengenalpasti dan memastikan dan menerima semua keperluan latihan
• Membangun kurikulum mengikut keperluan standard
• Mengawalselia disiplin dan keselamatan pelajar di tempat latihan / bengkel
• Memastikan keselamatan, kebersihan dan susunatur tempat latihan/bengkel
• Menggubal soalan
• Melaksana Kursus Jangka Pendek (KJP)
• Merancang dan mengawalselia program penyelenggaraan peralatan latihan
• Menyediakan Buku Kedatangan Pelajar
• Merancang keperluan latihan tenaga pengajar
• Menyediakan jadual latihan
PROGRAM YANG DITAWARKAN
PROGRAM SEPENUH MASA
DIPLOMA TEKNOLOGI MEKANIKAL (PEMBUATAN CAD/CAM)-DMC 04
• Tempoh kursus: 39 Bulan
• Persijilan : Diploma Teknologi dan Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)
• Kelayakan Masuk : Tamat Tingkatan 5
KURSUS JANGKA PENDEK
• KURSUS BASIC METROLOGY
• KURSUS CNC WIRE CUT
• KURSUS BASIC MASTER CAM