Page 44 - LAPORAN TAHUNAN 2018
P. 44

38         LAPORAN TAHUNAN•2018

        PENGENALAN



        Jabatan Teknologi Mekanikal Polimer merupakan salah satu jabatan di bawah Bahagian Pengurusan
        Latihan,  IKTBN  Sepang.  Jabatan  ini  berfungsi  untuk  menyediakan  latihan  teknikal  bagi  pelajar
        sepenuh masa dan separuh masa. Program separuh masa dilaksanakan secara modular bergantung
        kepada  keperluan  individu/syarikat. Program yang  dilaksanakan  adalah  berpandukan  kurikulum
        latihan  kemahiran  mengikut  Standard  Kemahiran  Kebangsaan  (NOSS) dan  Struktur  Kurikulum
        yang  dikeluarkan  oleh  Bahagian  Pembangunan  Kemahiran,  Kementerian Belia  dan  Sukan.


        FUNGSI


        Fungsi Jabatan Teknologi Mekanikal Polimer adalah seperti berikut :-


        •  Mengajar subjek kemahiran dan melaksanakan penilaian terhadap pelajar
        •  Merancang, mengenalpasti dan memastikan dan menerima semua keperluan latihan
        •  Membangun kurikulum mengikut keperluan standard
        •  Mengawalselia disiplin dan keselamatan pelajar di tempat latihan / bengkel
        •  Memastikan keselamatan, kebersihan dan susunatur tempat latihan/bengkel
        •  Menggubal soalan
        •  Melaksana Kursus Jangka Pendek (KJP)
        •  Merancang dan mengawalselia program penyelenggaraan peralatan latihan
        •  Menyediakan Buku Kedatangan Pelajar
        •  Merancang keperluan latihan tenaga pengajar
        •  Menyediakan jadual latihan



        PROGRAM YANG DITAWARKAN



        PROGRAM SEPENUH MASA


        DIPLOMA TEKNOLOGI MEKANIKAL (POLIMER)-DMK 04
        •  Tempoh kursus: 39 Bulan
        •  Persijilan : Diploma Teknologi dan Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)
        •  Kelayakan Masuk : Tamat Tingkatan 5



        PROGRAM SEPARUH MASA


        •   DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA-TAHAP 4 (TEKNOLOGI PENGELUARAN PLASTIK)

        PROGRAM SLDN


        •   SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA-TAHAP 2 (OPERASI ACUAN SUNTIKAN PLASTIK)
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49