Page 47 - LAPORAN TAHUNAN 2018
P. 47
LAPORAN TAHUNAN•2018 41
PENGENALAN
Jabatan Teknologi Mekanikal Senggaraan merupakan salah satu jabatan di bawah Bahagian Pengurusan
Latihan, IKTBN Sepang. Jabatan ini berfungsi untuk menyediakan latihan teknikal bagi pelajar sepenuh
masa dan separuh masa. Terdapat 2 bidang yang dijalankan iaitu Bidang Senggaraan Industri dan
Bidang Penjaga Jentera Elektrik. Program separuh masa dilaksanakan secara modular bergantung
kepada keperluan individu/syarikat. Program yang dilaksanakan adalah berpandukan kurikulum latihan
kemahiran mengikut Standard Kemahiran Kebangsaan (NOSS). Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Struktur
Kurikulum yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan.
FUNGSI
Fungsi Jabatan Teknologi Mekanikal Senggaraan adalah seperti berikut :-
• Mengajar subjek kemahiran dan melaksanakan penilaian terhadap pelajar
• Merancang, mengenalpasti dan memastikan dan menerima semua keperluan latihan
• Membangun kurikulum mengikut keperluan standard
• Mengawalselia disiplin dan keselamatan pelajar di tempat latihan / bengkel
• Memastikan keselamatan, kebersihan dan susunatur tempat latihan/bengkel
• Menggubal soalan
• Melaksana Kursus Jangka Pendek (KJP)
• Merancang dan mengawalselia program penyelenggaraan peralatan latihan
• Menyediakan Buku Kedatangan Pelajar
• Merancang keperluan latihan tenaga pengajar
• Menyediakan jadual latihan
PROGRAM YANG DITAWARKAN
PROGRAM SEPENUH MASA
DIPLOMA TEKNOLOGI MEKANIKAL (PENYENGGARAAN INDUSTRI)- DMU 34
Tempoh kursus: 15 Bulan
• Persijilan : Diploma Teknologi dan Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)
• Kelayakan Masuk : Sijil Tahap 3 dalam bidang berkaitan
DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK (PENJAGA JENTERA ELEKTRIK A1)- DLC 02
Tempoh kursus: 36 Bulan
• Persijilan : Diploma Teknologi dan Suruhanjaya Tenaga
• Kelayakan Masuk : Tamat Tingkatan 5
PROGRAM SEPARUH MASA
• KURSUS KIMPALAN
• KURSUS PENJAGA JENTERA ELEKTRIK A0
• KURSUS PENJAGA JENTERA ELEKTRIK A4
PROGRAM SLDN
• SIJIL TAHAP 3 BIDANG PENYENGGARAAN INDUSTRI