Page 4 - MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2018 LATEST
P. 4

4















     HARI ANUGERAH CEMERLANG SKPH2 2018

     Bismillahirrahmanirrahim..
     Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.

     Terima kasih saudara dan saudari pengacara majlis,

     Yang Berbahagia Encik Ahmad Fakhruddin bin Jusoh, YDP PIBG SK Putra Heights 2. Yang dihormati barisan tetamu
     kehormat. Yang dihormati barisan penolong kanan SK Putra Heights 2. Barisan Guru-guru SKPH2, murid-murid yang diraikan
     dan seterusnya ibu bapa serta para hadirin yang saya muliakan.

     Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola Majlis ini yang tentunya telah berusaha dengan gigih supaya maj-
     lis ini berjalan dengan lancar dan teratur. Kita sedar, majlis seumpama ini amat perlu dijalankan untuk memberi makna kepada
     kehidupan anak-anak yang bakal mewarisi masa depan negara.

     Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

     Saban tahun, pihak sekolah tidak pernah lupa mengadakan majlis untuk meraikan kejayaan cemerlang murid-murid dalam bi-
     dang kurikulum mahupun kokurikulum. Malahan bagi saya, majlis ini diadakan khusus untuk meraikan para ibu bapa yang
     sentiasa meletakkan kecemerlangan dan kejayaan anak-anak sebagai agenda pertama dalam kehidupan mereka. Jadi pada kes-
     empatan ini saya bagi pihak sekolah ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas bukan sahaja kepada para pelajar yang ba-
     kal menerima anugerah malahan ibu bapa juga para guru yang menjadi nadi atau tulang belakang sehingga membuahkan ke-
     jayaan untuk mereka.

     Sesungguhnya kita harus sedar bahawa dalam usaha menuju ke puncak, banyak laluan sukar yang perlu ditempuhi. Pepatah
     Melayu selalu mengingatkan kita, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”,
     “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.” Oleh itu para hadirin sekalian, marilah kita sama-sama berganding
     bahu untuk mencipta kejayaan demi kejayaan buat anak-anak kita. Pada saya, kejayaan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan
     merupakan satu anugerah kepada pihak sekolah dan ganjaran buat tuan-tuan dan puan-puan sebagai ibu bapa mereka.

     Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

     Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah pada hari ini.
     Saya sangat berharap agar kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para penerima akan menjadi pemangkin untuk para pelajar
     mempertingkatkan mutu pencapaian mereka dalam bidang akademik dan bukan akademik pada masa hadapan. Anugerah yang
     diberikan pada hari ini merupakan penghargaan pihak sekolah kepada para pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang
     dalam pembelajaran pada tahun ini. Tahap pencapaian yang ditunjukkan sudah tentu boleh menjadi contoh serta ikutan kepada
     para murid lain untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka pada masa akan datang.

     Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah dan juga syabas kepada
     semua warga kerja yang bertungkus-lumus menjayakan Hari Anugerah Cemerlang dan Apresiasi Tahun 6 Sekolah Kebangsaan
     Putra Heights 2 ini.

     Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.
     Sekian, terima kasih.


     ABD RASHID BIN RAZALI
     Guru Besar
     SK Putra Heights 2                                     4


                                                                     Hari Anugerah Cemerlang dan Apresiasi Tahun 6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9