Page 5 - MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2018 LATEST
P. 5
5
HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN APRESIASI TAHUN 6 SKPH2 2018
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih saudara dan saudari pengacara majlis,
Yang Berusaha Encik Abd Rashid bin Razali, tuan gguru besar SK Putra Heights 2. Yang dihormati barisan tetamu kehormat.
Yang dihormati barisan penolong kanan SK Putra Heights 2. Barisan Guru-guru SKPH2, murid-murid yang diraikan dan
seterusnya ibu bapa serta para hadirin yang saya muliakan.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan Hari Anu-
gerah Cemerlang dan Apresiasi Tahun 6, bagi tahun 2018. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak
sekolah yang berjaya mengadakan program ini sebagai satu program tahunan demi kepentingan para murid. Walau apa pun
nama yang diberi untuk majlis seperti ini, yang pasti Majlis Hari Anugerah Cemerlang merupakan satu majlis khas untuk me-
raikan murid-murid yang telah membuktikan kecemerlangan mereka dalam bidang akademik. Syabas dan tahniah saya ucap-
kan kepada murid-murid SKPH2.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Cendekiawan ada menyatakan tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu. Oleh itu, pelbagai usaha dil-
akukan untuk menjadikan para murid sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar pengikut amat penting bagi mempersiapkan
generasi
muda dengan keperluan abad ke-21. Selama ini, kita beranggapan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak
mereka di sekolah berlaku secara semula jadi. Namun, dengan perubahan zaman dan cabaran semasa, usaha secara bersepadu
dan
bersungguh-sungguh melalui satu kaedah perlu dilakukan oleh semua lapisan masyarakat supaya dapat menyumbang kepada
kejayaan anak-anak. Sebagai ibu bapa kita juga perlu melakukan refleksi kendiri atau bermuhasabah, apakah memadai atau
cukup setakat menyerahkan tanggungjawab kepada guru-guru dan pihak sekolah semata-mata. Ibu bapa perlu memastikan
usaha yang dimulakan di sekolah akan diteruskan apabila murid-murid balik ke rumah.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada para murid yang akan menerima hadiah
nanti atas pencapaian mereka dan diharapkan pencapaian kecemerlangan tersebut tidak berakhir di sini sahaja. Teruskanlah
kecemerlangan itu sampai bila-bila. Segala kejayaan ini tidak seharusnya melekakan kita. Benar kita telah mencipta banyak
kejayaan, tetapi ini tidak bermakna bahawa kita boleh selesa berpeluk tubuh mengharapkan setiap kejayaan yang dicipta pada
masa lalu akan berulang dengan sendirinya pada masa hadapan. Hakikatnya, kita sedang menghadapi pelbagai cabaran baru
yang menuntut supaya kita sentiasa meneroka ilmu terkini, melakukan inovasi dan berusaha untuk melangkaui sempadan
kecemerlangan.
Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak sekolah dan PIBG
kerana berjaya menganjurkan Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Apresiasi Tahun 6 2018.
AHMAD FAKHRUDDIN BIN JUSOH
NYDP PIBG
SK Putra Heights 2 5
Hari Anugerah Cemerlang dan Apresiasi Tahun 6