Page 13 - BukuPengurusandanPentadbiran2020
P. 13

BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2020
                                SEKOLAH KEBANGSAAN TAPAH,JALAN BIDOR LAMA,35000 TAPAH,PERAK



             1.7    PERHIMPUNAN


                    1.7.1   Kehadiran guru dan guru bertugas
                           Semua guru dikehendaki hadir di Perhimpunan Mingguan.Guru bertugas adalah
                           bertanggungjawab sepenuhnya bagi menjalankan perhimpunan harian dang mingguan.
                           Tugas hendaklah dijalankan dengan teliti terutama dari aspek kebersihan dan
                           keselamatan.Buat catatan terperinci dalam buku laporan guru bertugas.

                          Nyanyian lagu Kebangsaan / Sekolah
                           Guru-guru hendaklah turut serta menyanyikan lagu-lagu berikut;-

                               o      Negaraku
                               o      Lagu Negeri Perak
                               o      Lagu Sekolah.

                          Pengumuman
                           Segala pengumuman yang dibuat haruslah dicatat di dalam buku laporan guru bertugas.



             1.8    PAKAIAN
                    (Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2001)


                          Guru-guru hendaklah berpakaian  kemas sepanjang waktu bertugas.
                          Memakai selipar atau baju-t tidak dibenarkan.Guru-guru Pendidikan Jasmani hendaklah
                           mematuhi arahan-arahan khas tentang pakaian untuk Pendidikan Jasmani.
                          Guru lelaki hendaklah memakai tali leher pada perhimpunan hari Isnin.
                          Rambut (guru lelaki) hendaklah sentiasa pendek dan kemas.
                          Guru-guru wanita hendaklah sentiasa mengekalkan satu standard berpakaian kemas serta
                           sesuai dengan keadaan sekolah.



             1.9    BUKU REKOD MENGAJAR/FAIL REKOD MENGAJAR


                          Buku/fail rekod mengajar hendaklah ditulis dengan cermat dan teratur serta sentiasa dalam
                           keadaan kemaskini.
                          Lengkapkan semua butiran dan maklumat yang diperlukan.
                          Buku/fail rekod mengajar yang diserahkan pada hari yang ditetapkan untuk pemeriksaan
                           hendaklah dikemaskini dengan rancangan Pelajaran Harian bagi hari esoknya / minggu
                           berikutnya.Begitu juga buku/fail rekod mengajar yang diserahkan sebelum cuti hendaklah
                           lengkap dengan rancangan harian pada hari pertama penggal berikutnya ( kecuali cuti akhir
                           tahun).
                           Buku/fail rekod hendaklah di hantar pada hari Jumaat / hari terakhir setiap minggu
                           persekolahan.
                          Buku/fail rekod mengajar adalah milik sekolah dan hendaklah diserahkan kepada Guru Besar
                           / Penolong Kanan apabila berkursus,bertukar dan pada akhir tahun.
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18