Page 15 - BukuPengurusandanPentadbiran2020
P. 15
BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2020
SEKOLAH KEBANGSAAN TAPAH,JALAN BIDOR LAMA,35000 TAPAH,PERAK
ETIKA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA
Kami guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah
pembentukan warganegara yang berilmu,taat,setia,bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari
betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang
percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukunegara.
Melalui pendidikan, masyarakat/ibu bapa dapat membantu anak-anaknya memahami kebudayaan mereka
memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman-berzaman dan menyediakan mereka untuk
menghadapi cabaran pada masa hadapan.
Mencapai kemajuan sepenuhnya, maka dengan ini kami menerima Etika berikut sebagai panduan untuk
membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setingi-tingginya.
1. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MURID.
Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid kami daripada hal-hal lain.
Bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira faktor-faktor
jasmani,mental,emosi,politik,ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai murid kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya.
Membimbing atau mengajar seseorang murid dalam darjah sendiri atau dalam matapelajaran-
matapelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
Menunjukkan sesuatu cara berpakaian,pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberi contoh yang
baik kepada murid.
Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,penyelidikan,lawatan dan
menghadiri kursus ikhtisas,persidangan, mesyuarat, atau seminar supaya pengajaran kami mencapai
mutu setinggi-tingginya.
2. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA MURID
Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan
dengan rumahtangga.
Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau
mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkan kepada sesiapa kecuali kepada
mereka yang berhak mengetahuinya.
Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan
maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
Mengelakkan diri dari mengunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa
murid.
Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan
kepercayaan murid terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.