Page 48 - BUKU PENRURUSAN TAHUN 2019
P. 48
Kalau tuan pikat cemara PANTUN JEMPUTAN UCAPAN
Buatlah bara bakar selasih Terbang di awan burung jentayu,
Sudilah tuan jamu selera Di atas papan batang selasih;
HIdangan mesra pengikat kasih Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.
Sungguh indah bunga kemboja,
Di bawah atap tepi halaman; Besar langit di tepi busut,
Juadah sudah letak di meja, Besar tak muat di dalam peti;
Sudilah santap tuan budiman Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.
PANTUN UCAPAN ALU-ALUAN
Bukan rumput sebarang rumpun, Duduk sekawan si burung unta,
Rumput penghias tepi halaman; Tepi keramat di waktu malam;
Bukan jemput sebarang jemput, Pada mu tuan kami meminta,
Jemput memohon kata aluan. Kata azimat penutup kalam.
Duduk sekawan gadis jelita, Terbang di awan burung jentayu,
Buat santapan untuk pahlawan; Kerana penat gugur ke bumi;
Tampillah tuan kami meminta, Tampillah tuan kami merayu,
Madah ucapan kata aluan. Bersama amanat bekalan kami.
Sudilah tuan jalan berlapan, Pergi ke kota beli selasih,
Jalan berlapan di malam kelam; Sayang si dara buat halwa;
Sudilah tuan beri ucapan, Berilah kata simpulan kasih,
Kata aluan pemanis kalam. Sulamkan mesra satukan jiwa.
Emas tempawan buatmu puteri, PANTUN UCAPAN PERASMIAN
Busana indah buat rupawan; Terbang di awan burung jentayu,
Sudilah tuan tampilkan diri, Di atas papan batang jerami;
Bersama madah kata aluan. Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.