Page 50 - BUKU PENRURUSAN TAHUN 2019
P. 50
PANDUAN AM
1. ASAS PENGURUSAN SEKOLAH
1.1 Guru dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) hendaklah membaca, memahami dan menghayati
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Sekolah Berasrama Penuh dan Nilai-Nilai Teras Sekolah
Berasrama Penuh.
1.2 Bersama-sama memahami, berkongsi dan menghayati Visi dan Misi Sekolah.
1.3 Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi dan Misi Sekolah.
1.4 Bertekad dan beriltizam melaksana Piagam Pelanggan Sekolah.
1.5 Meletakkan kepantingan pelajar dan sekolah melebihi kepentingan peribadi dalam menjalankan
tugas.
1.6 Semua guru ialah guru disiplin.
1.7 Semua guru ialah guru kaunseling.
2. KEDATANGAN
2.1 Jadual waktu persekolahan/waktu kerja mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan.
2.2 Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah 5 minit sebelum waktu persekolahan dan
merakam waktu suasana semasa sampai dan sebelum balik sekolah di pejabat.
2.3 Guru hendaklah memberitahu pihak sekolah secepat mungkin sekiranya tidak dapat hadir atau
terpaksa datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang munasabah.
2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan luar waktu persekolahan kecuali dalam keadaan
kecemasan.
2.5 Waktu bekerja semua AKS megikut waktu bekerja perkhidmatan awam yang sedang berkuat
kuasa.
3. KELUAR WAKTU BERTUGAS
3.1 Pada waktu persekolahan/bertugas, guru dan AKS tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah
kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan daripada Kementerian
Pendidikan/Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dengan syarat mendapat kebenaran daripada
Pengetua/Penolong Kanan.
3.2 Guru/AKS dikehendaki mengisi salinan Borang Kebenaran Keluar dan dapatkan tandatangan
Pengetua/Penolong Kanan. Salinan tersebut mesti diserahkan kepada pengawal bertugas dia
pondok pengawal untuk direkodkan.
3.3 Guru/AKS juga mesti mengisi buku kebenaran keluar serta dapatkan tandatangan
Pengetua/Penolong Kanan sebagai tanda kebenaran keluar.
3.4 Guru dan AKS hendaklah merakam waktu semasa keluar dan masuk semula.
3.5 Guru hendaklah menyediakan kerja bertulis untuk pelajar sebelum meninggalkan sekolah.