Page 55 - BUKU PENRURUSAN TAHUN 2019
P. 55

16.    SURAT YANG DITERIMA

                  16.1   Terdapat surat yang diterima oleh sekolah perlu diedar kepada guru untuk diambil tindakan, Guru
                         berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat-surat tersebut.

                  16.2   Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada
                         Pengetua, surat itu boleh disimpan setelah diambil tindakan.

                  16.3   Jika  surat  itu  ditujukan  kepada  Pengetua  dan  Pengetua  mengedarkannya  untuk  tindakan  guru
                         berkenaan, maka guru itu hendaklah:

                         16.3.1  Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan asal atau fotostat, jika salinan asal
                                 sila minta difotostat terlebih dahulu supaya salinan asal disimpan dalam fail di pejabat.

                         16.3.2  Jika tindakan yang perlu diambil merupakan mengisi maklumat borang yang dilampirkan,
                                 maka borang  tersebut hendaklah ditaip dan setelah lengkap diisi hendaklah disediakan
                                 surat litup/iringan (covering) yang boleh didapati di pejabat sekolah. Adalah tidak wajar
                                 borang  berkenaan  dihantar  terus  kepada  yang  berkenaan  tanpa  surat  litup  (covering)
                                 daripada sekolah walaupun dihantar dengan serah tangan. Satu salinan borang berkenaan
                                 dan surat litup (covering) hendaklah disimpan dalam fail sekolah di pejabat untuk rekod
                                 atau rujukan bila diperlukan.



           17.    URUSAN DENGAN JPN / BPSBPSK

                  17.1   Guru  dan  AKS  tidak  digalakkan  pergi  ke  Jabatan  Pendidikan  Negeri  Sabah  atau  ke  Bahagian
                         Pengurusan  Sekolah  Berasrama  Penuh  &  Sekolah  Kecemerlangan  untuk  pengurusan  peribadi
                         kecuali jika diarahkan berbuat demikian.


           18.    PELAWAT/JURUJUAL

                  18.1   Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua/Penolong Kanan terlebih dahulu/ Guru
                         tidak  dibenarkan  berbincang  degan  wakil-wakil  firma  atau  jurujual  kecuali  dengan  kebenaran
                         Pengetua/wakilnya. Perbincangan hanya dibenarkan dilakukan di pejabat sahaja. Bilik guru ialah
                         tempat larangan bagi pelawat dan jurujual.



           19.    PEMBELIAN BARANG

                  19.1   Setiap  pembelian  barang  mesti  berbincang  dengan  pihak  Pentadbir  dan  setelah  dipersetujui,
                         mengisi borang nota minta yang boleh didapati di pejabat sekolah.

                  19.2   Borang tersebut hendaklah disahkan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran/Penolong Kanan sebelum
                         diluluskan oleh Pengetua.

                  19.3   Pembantu  Tadbir  akan  menguruskan  tindakan  selanjutnya  iaitu  untuk  menyediakan  Borang
                         Pesanan Tempatan (Local Order/LO).

                  19.4   Segala  invois  mesti  ditandatangani  oleh  guru  yang  menerima  barang,  rekodkan  nombor  daftar
                         stok dan serahkan dengan segera ke pejabat sekolah. Borang yang diterima hendaklah direkodkan
                         serta merta dalam buku stok dengan tepat dan kemas.
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60