Page 58 - BUKU PENRURUSAN TAHUN 2019
P. 58
29.2 Guru-guru yang hendak meminjam kunci di bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran
daripada Pengetua dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah.
30. BUKU STOK / INVENTORI
30.1 Ketua Panitia ata Ketua Unit bertanggungjawab menguruskan buku stok/inventori dan
memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa
dikemas kini (setiap pembelian dan keluar masuk barang hendaklah direkodkan dengan serta
merta).
30.2 Guru Kana Mata Pelajaran/Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak buku stok Inventori in dari
semasa ke semasa dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun untuk disahkan oleh Penolong
Kanan/Pengetua.
31. KOMPUTER RIBA / LCD PROJEKTOR
31.1 Guru yang diberi kemudahan komputer riba dan LCD projektor hendaklah mematuhi peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebarang penggunaan
yang menyalahi etika pengguna internet akan dapat dikesan.
31.2 Pastikan komputer berkenaan benar-benar dimanfaatkan untuk P & P sebagaimana objektif
penggunaannya.