Page 57 - BUKU PENRURUSAN TAHUN 2019
P. 57
24. PERHUBUNGAN SESAMA RAKAN SEJAWAT
24.1 Guru dan AKS hedaklah memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama
rakan dan sentiasa mengawal tutur kata supaya wujud perasaan kekitaan dalam organisasi.
24.2 Guru dan AKS tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman / pendapat /
kepercayaan sesama rakan ataupun pelajar sekolah ini.
24.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosioekonomi,
kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.
25. KEAHLIAN BADAN KEBAJIKAN GURU, PIBG & KOPERASI SEKOLAH
25.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli Kelab Guru dan PIBG sekolah.
25.2 Guru-guru digalakkan menjadi ahli koperasi sekolah dengan membayar yuran keahlian.
26. ARAHAN DAN PEKELILING
26.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan
dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
26.2 Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail khas.
27. PENGGUNAAN ALAT-ALAT
27.1 Penggunaan alat-alat hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan.
27.2 Mesti mendapatkan kebenaran daripada Penjaga Stok dan direkodkan.
27.3 Hendaklah digunakan dengan baik dan memulangkan peralatan dengan segera dalam keadaan
baik.
27.4 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta dan menggantinya.
28. TELEFON
28.1 Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru atau AKS tidak dibenarkan
mengguna telefon sekolah utnuk urusan peribadi.
28.2 Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa P & P di dalam bilik darjah dan semasa
mesyuarat.
29. KUNCI
29.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat, guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi Buku
Rekod Peminjaman di pejabat.