Page 56 - BUKU PENRURUSAN TAHUN 2019
P. 56

20.    KEGIATAN KOKURIKULUM

                  20.1   Semua guru ialah Penasihat Kegiatan Kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan teratur
                         mengikut jadual yang ditetapkan.

                  20.2   Semua  guru  wajib  hadir  kegiatan  kokurikulum  dan  menulis  nama  pada  buku  kehadiran
                         kokurikulum yang disediakan di pejabat sekolah.

                  20.3   Setiap  aktiviti  yang  ingin  dijalankan  oleh  persatuan/kelab/unit  beruniform  perlu  disertakan
                         dengan  surat  permohonan  dan  kertas  cadangan  untuk  kelulusan  pengetua  sebulan  sebelum
                         aktiviti dijalankan.

                  20.4   Jika aktiviti tersebut memerlukan peruntukan kewangan daripada pihak sekolah, guru penasihat
                         boleh mendapatkan cek daripada Ketua Pembantu Tadbir seminggu atau 2 minggu sebelum tarikh
                         aktiviti.

                  20.5   Bil-bil  atau  resit  pembayaran  MESTILAH  diserahkan  kepada  Ketua  Pembantu  Tadbir  seminggu
                         selepas tarikh aktiviti.

                  20.6   Laporan aktiviti hendaklah dibuat untuk tujuan dokumentasi.



           21.    PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH

                  21.1   Semua  guru  dikehendaki  menghadiri  perhimpunan  rasmi  sekolah  pada  masa  dan  hari  yang
                         ditetapkan.

                  21.2   Guru lelaki hendaklah memakai kemeja berlengan panjang, bertali leher.
                  21.3   Semua guru dikehendaki memakai ‘blazer’ semasa perhimpunan rasmi sekolah.



           22.    MESYUARAT GURU

                  22.1   Pengetua  akan  memanggil  guru  bermesyuarat  dari  semasa  ke  semasa.  Kedatangan  guru  ke
                         mesyuarat adalah diwajibkan.

                  22.2   Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh semua Penolong Kanan/Guru Kanan
                         Mata Pelajaran/Ketua Panitia.
                  22.3   Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja, Kemeja T, seluar trek,
                         selipar tidak dibenarkan.



           23.    ACARA/MAJLIS RASMI SEKOLAH/MESYUARAT /KURSUS DALAMAN

                  23.1   Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara/majlis rasmi sekolah dan juga kursus dalaman.

                  23.2   Guru  yang  tidak  hadir,  perlu  mengemukakan  surat  pemberitahuan  ketidakhadiran  kepada
                         Pengetua. Satu salinan akan disimpan dalam fail peribadi guru berkenaan.
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61