Page 60 - BUKU PENRURUSAN TAHUN 2019
P. 60
PERATURAN PENYIMPANAN DAN PENGAMBILAN
1. Laptop mesti disimpan di bilik yang disediakan jika tidak digunakan ATAU apabila selesai penggunaan.
2. Pelajar boleh mengambil laptop bermula pukul 6.00 pagi, sebelum kelas PdP atau semasa kelas PdP
mengikut arahan guru mata pelajaran.
3. Semasa hujung minggu atau cuti umum pelajar boleh mengambil laptop pada 7.30 pagi atau selepas
selesai aktiviti asrama.
4. Laptop harus disimpan semula di bilik yang disediakan sebelum jam 5.00 petang .
5. Pelajar wajib mencatat masa atau scan semasa mengambil dan menyimpan laptop dalam buku / scanner
yang disediakan.
6. Pada masa balik bermalam, pelajar boleh membawa balik laptop ke rumah dengan syarat pengambilan
dan penyimpanan semula direkodkan.
7. Hanya pengawas khas bertugas, guru dan warden sahaja dibenarkan untuk mengawal keluar masuk
laptop dalam bilik penyimpanan.
TEMPAT PENGECASAN BATERI
1. Bateri laptop boleh dicas di kelas masing-masing.
2. Laptop juga boleh dicas di Makmal Komputer Bestari dan Bilik Penyimpanan Laptop.
3. Tempat mengecas akan dibuka dari pukul 8.00 pagi 5.00 petang dan diawasi oleh pengawas bertugas.
PENYIMPANAN MAKLUMAT / BAHAN
1. Pelajar dibenarkan untuk membawa External HD, SD MEMORI, USB DRIVE untuk menyimpan sebarang
maklumat atau bahan PdP.
2. Alat-alat penyimpanan maklumat ini boleh diperiksa oleh pihak sekolah pada bila-bila masa.
3. Hard Drive, SD Memori dan USB yang mengandungi bahan dilarang dan boleh mengganggu proses PdP
akan disita.