Page 59 - BUKU PENRURUSAN TAHUN 2019
P. 59
PERATURAN DAN TATACARA MENGGUNAKAN
LAPTOP PERSENDIRIAN DI SEKOLAH
PERATURAN UMUM
1. Murid yang membawa laptop mesti mengisi Borang Aku Janji dan Borang Akuan ibu bapa / Penjaga.
2. Laptop yang dibawa ke sekolah perlu didaftarkan dan dilekatkan tag/sticker.
3. Murid tidak boleh meminjamkan laptop kepada orang lain kecuali jika ada kebenaran bertulis pemiliknya.
4. Murid yang meminjamkan laptop kepada rakan lain wajib bertanggungjawab atas tindakannya jika
berlaku sebarang penyalahgunaan, kerosakan atau kehilangan.
5. Sebarangan kerosakan dan kehilangan laptop adalah tanggungjawab murid sendiri.
6. Laptop akan diperiksa ( spotcheck ) pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai oleh pihak sekolah.
7. Laptop yang disalahgunakan akan disita dan diambil tindakan mengikut peraturan sedia ada.
8. Pelanggaran dan ketidakpatuhan peraturan ini adalah dibawah bidang kuasa dan tindakan Lembaga
Disiplin Sekolah mengikut peraturan-peraturan disiplin sekolah.
KAWASAN DAN TEMPAT PENGGUNAAN LAPTOP
1. Pelajar boleh menggunakan laptop semasa Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di kelas dengan
kebenaran guru.
2. Selepas sesi PdP tamat, pelajar boleh menggunakan laptop di kelas atau kawasan yang dibenarkan
sehingga pukul 5.00 petang.
3. Pelajar juga DIBENARKAN menggunakan laptop di Dewan Seri Kinabalu, Dewan Makan, Kawasan Koperasi,
Kantin, Balai Hinggap dan Balai PIBG.
4. Penggunaan laptop hanya dibenarkan di kawasan terbuka, sebaliknya kawasan tersembunyi adalah
dilarang.
MASA PENGGUNAAN
1. 6. 30 PAGI – 5.00 PETANG ( ISNIN – JUMAAT )
2. 8. 00 PAGI – 5.00 PETANG ( HARI SABTU – AHAD DAN CUTI UMUM )
3. Pada hari Sabtu pelajar boleh menggunakan laptop semasa kelas persediaan HANYA apabila ada guru
bersama mereka. Selepas kelas persediaan penggunaan laptop adalah seperti biasa.
TATACARA PENGGUNAAN LAPTOP DI KELAS DAN KAWASAN DIBENARKAN
1. Tujuan utama penggunaan laptop adalah untuk membantu PdP dan mengakses maklumat pelajaran.
2. Tujuan lain adalah untuk membuat esei, projek dan pembentangan atau presentation serta membantu
guru dalam proses PdP dan aktiviti sekolah.
3. Pelajar boleh menggunakan laptop semasa proses PdP berjalan APABILA ada arahan guru.
4. Pelajar dilarang bermain computer game / menonton video / mendengar lagu ( kategori hiburan yang
melalaikan ) semasa penggunaan laptop di dalam kelas.
LARANGAN UTAMA
1. Dorm asrama adalah kawasan larangan membawa dan menggunakan laptop.
2. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan laptop selepas pukul 5.00 petang KECUALI ada guru yang
mengawasi mereka atau mendapat Surat Kebenaran Khas.
3. Laptop tidak boleh mengandungi bahan-bahan yang merosakkan akhlak dan bahan-bahan yang
mengganggu PdP di sekolah .