Page 15 - SLIDE BARU (PDF)_KEMURUNGAN
P. 15
Kepergian orang terdekat
- Seseorang individu boleh menjadi murung sekiranya orang tersayang seperti ibu
bapa, adik-beradik dan kawan baik meninggal dalam kemalangan atau sakit.
Kenyataan yang tidak dapat diterima menyebabkan mereka sedih dan tidak dapat
mengawal emosi dengan betul lalu menyebabkan kemurungan.
Masalah dalam keluarga
- Mereka yang mempunyai masalah keluarga lebih cenderung untuk mengalami
kemurungan. Hal ini kerana, faktor pergaduhan antara ibu dan ayah, kekurangan
wang dan penceraian ibu bapa. Hal ini biasanya terjadi kepada kanak-kanak yang
masih mentah dan belum mengerti tentang dunia yang sebenar. Apabila mereka telah
mengalami situasi ini pada usia yang sangat muda maka emosi mereka mudah
terganggu dan bersikap sedih lalu mengasingkan diri daripada kawan-kawan.
Penderaan fizikal, emosi dan seksual
- Penderaan ini sering terjadi kepada kanak-kanak dan remaja. Penderaan fizikal
seperti memukul, emosi seperti menengking dan seksual seperti seks telah
menimbulkan trauma dalam diri mereka. Ini menyebabkan mereka mengalami
kemurungan.