Page 20 - SLIDE BARU (PDF)_KEMURUNGAN
P. 20
MENTAL
Kemurungan yang melampau akan menyebabkan gangguan terhadap mental
seseorang individu yang mengalaminya. Berlakunya perubahan emosi yang ketara
merupakan kesan yang akan dialami oleh individu tersebut.
Selain itu, mereka yang mengalami kemurungan ini akan sering berfikiran
negatif. Apa yang ada dalam fikiran mereka tika itu hanyalah perkara-perkara yang
negatif seperti hidup ini cukup membebankan, tidak tahan dengan masalah yang
dihadapi dan berfikir inigin mati daripada hidup dengan masalah yang tidak dapat
diselesaikan. Mereka juga akan sering bercakap seorang diri mengenai hal-hal mati.
Seterusnya, kesan terhadap mental ini juga akan menyebabkan individu itu
akan mempunyai perasaan rendah diri yang melampau. Keadaan ini merupakan
susulan daripada berlakunya perubahan emosi itu dimana mereka tidak mempunyai
keyakinan diri induk berhadapan atau bergaul dengan orang di sekeliling termasuklah
dengan ahli keluarga mereka sendiri. Mereka cuba mengasingkan diri dari orang ramai
berbanding bergaul dan bersosial.