Page 119 - Takwim 2018
P. 119

MANUAL PENGURUSAN SMKTHAM 2018

               BIDANG TUGAS (DISIPLIN)
               1.  Merangka  dan  menentukan  dasar-dasar  disiplin  dan  peraturan  sekolah  berpandukan  pekeliling-pekeliling
                  Kementerian Pelajaran.
               2.  Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan peraturan sekolah.
               3.  Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi oleh semua warga sekolah.
               4.  Mewujudkan sistem rekod disiplin kelas dan sistem pemantauan yang berkesan.
               5.  Menerima  laporan  murid/pengawas/guru  dan  seterusnya  mengambil  tindakan  terhadap  kes-kes  salah  laku
                  pelajar.
               6.  Menjalankan rondaan kawasan sekolah untuk mengesan pelajar yang ponteng kelas dan melanggar peraturan
                  sekolah.
               7.  Memberi maklumat kepada GPK HEM berhubung kes-kes yang serius seperti  :
                         i.   Penyalahgunaan dadah
                         ii.   Peras ugut
                        iii.   Video lucah
                        iv.   Gambar lucah
                         v.   Bohsia /bohjan
                        vi.   Kumpulan haram
               8.  Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan kepada GPK HEM seminggu sekali.
               9.  Mencatatkan semua salah laku pelajar dalam fail disiplin kelas/buku laporan disiplin/SSDM
               10. Membantu  GPK  HEM  untuk  mengesan  dan  mengesahkan  salah  laku  serius  yang  boleh  membawa  kepada
                  hukuman gantung sekolah atau hukuman buang sekolah berpandukan SPI Bil 9/1975.
               11. Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan kawalan disiplin dalam semua majlis sekolah, hari
                  terakhir penggal dan peperiksaan awam.
               12. Menjadi  pegawai  perhubungan  antara  pihak  sekolah  dengan  ibu  bapa/penjaga  dalam  menangani  masalah
                  disiplin.
               13. Menghubungi pihak polis untuk mendapat bantuan dalam menangani masalah disiplin yang serius jika perlu.
               14. Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua.
               15. Menanam semangat kekitaan dan semangat cintakan sekolah dalam kalangan pelajar dan guru supaya peraturan
                  sekolah menjadi satu budaya.
               16. Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan disiplin pelajar.
               17. Menyampaikan maklumat dan perkembangan disiplin pelajar di perhimpunan sekolah dari semasa ke semasa.
               18. Menyedia dan membekalkan data disiplin pelajar kepada PPD/Jabatan Pelajaran/ Kementerian Pelajaran.
               19. Menghubungi ibu bapa /penjaga murid yang bermasalah disiplin dengan kebenaran pengetua.
               20. Membantu menyimpan rekod, cetakan dan mengutus  surat menyuarat berhubung dengan masalah disiplin.

               BIDANG TUGAS (PENGAWAS)
               1.  Menyenarai dan mengemukakan calon pengawas kepada GPK HEM.
               2.  Memantau perkhidmatan pengawas baru sepanjang tempoh percubaan.
               3.  Mengadakan majlis penyampaian watikah kepada pengawas baru dan ahli exco tertinggi.
               4.  Menyedia dan menerangkan bidang tugas dan jadual tugas pengawas.
               5.  Merancang dan melaksanakan kursus kepimpinan dan pembangunan jati diri untuk pengawas.
               6.  Membimbing dan membantu pengawas dalam menguatkuasakan peraturan sekolah.
               7.  Menerima laporan pengawas dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.
               8.  Membantu  guru  disiplin  menjalankan  pemeriksaan  mengejut  terhadap  perbuatan  /  amalan  yang  melanggari
                  tatatertib.
               9.  Membantu pihak sekolah semasa majlis-majlis rasmi sekolah.


                                   JAWATANKUASA  MANUAL PENGURUSAN   MURID (APDM)


               PENGERUSI                EN. RAMLI BIN ABDULLAH               PENGETUA
               TIMBALAN PENGERUSI       PN. HJH NOR FAZILAH BT AB RAHMAN     PK HEM
               NAIB PENGERUSI I         PN. ZAHRAH BT. ABU NOH               PK PENTADBIRAN
               NAIB PENGERUSI II        EN. LOH POH SENG                     PK KOKU
               NAIB PENGERUSI III       PN. SABARIAH BT. IBRAHIM             PK PETANG
               NAIB PENGERUSI IV        PN. NORAINI BT. IBRAHIM              PK TINGKATAN 6
               NAIB PENGERUSI V         EN. HALIM BIN HASHIM                 PK PENDIDIKAN KHAS

                                                                                                       4
   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124