Page 5 - Takwim 2018
P. 5
Assalammualaikum w.b.t dan Salam sejahtera.
Syukur kehadrat illahi kerana dengan limpah izin-Nya jua kita dapat menerbitkan manual
pengurusan sekolah untuk sesi persekolahan 2018. Terima kasih juga kerana memberi peluang
kepada saya untuk menzahirkan beberapa catatan ringkas pada kesempatan yang sungguh bermakna
ini.
Manual Pengurusan Sekolah ialah satu aspek yang penting untuk memastikan perancangan
dan pengurusan yang cekap dan bersistematik dapat diwujudkan. Keadaan ini akan membolehkan
sekolah dapat melaksanakan pelbagai program yang telah dirancang dengan lebih berkesan.
Penekanan terhadap Pengurusan Akademik, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum yang terancang amat
penting kerana SMKTHAM sentiasa berusaha ke arah melahirkan insan yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan dan sentiasa beriltizam untuk
mencapai kecemerlangan. Usaha yang padu itu akan berjaya dengan adanya penggemblengan tenaga
warga sekolah.
Perubahan sistem pendidikan memerlukan setiap warga sekolah mengubah cara berfikir,
bersikap positif, bertindak dengan lebih proaktif dan bersedia untuk keluar daripada zon selesa.
Penguasaan pedagogi abad ke-21, berkeupayaan mengaplikasikan KBAT dan iTHINK amat
dititikberatkan agar suasana pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan dan kreatif. Semoga
dengan usaha murni ini, SMKTHAM akan terus mengorak langkah ke hadapan dengan lebih gagah
selaras dengan kehendak visi dan misinya.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak
yang terlibat merancang,menyedia dan menyunting sehingga terhasilnya Manual Pengurusan sekolah
bagi sesi 2018.
“ Pelajar Cemerlang Sekolah Gemilang “
“ Akademik Bermutu Sekolah No 1 “
En.Ramli Bin Abdullah
Pengetua SMKTHAM