Page 6 - Takwim 2018
P. 6

SEJARAH  SEKOLAH



                      Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Haji Abdul Malek pada mulanya dikenali sebagai
                      Sekolah  Menengah  Tanjong  Minyak  ditubuhkan  pada  2  Januari  1976.  Kumpulan
                      pelajarnya  yang  pertama  telah  ditumpangkan  di  Sekolah  Rendah  Jenis  Cina,  Cheng.
                      Mulai 1 Julai 1976, pelajar-pelajar telah dipindahkan ke bangunan yang ada sekarang.

                      Seterusnya  pada  2  Januari  1979,  tingkatan  empat  dimulakan.  Ketika  ini  sesi
                      persekolahan diadakan dua sesi iaitu sidang pagi bagi tingkatan peralihan, tiga, empat,
                      lima, enam dan Pendidikan Khas. Manakala sidang petang pula ialah untuk tingkatan
                      satu dan dua.

                      Pada 1 Mei 1979, nama sekolah telah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Tun Abdul
                      Malek iaitu sempena mengambil nama Gabenor Melaka yang kedua (1959-1971).

                      Kini Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Haji Abdul Malek mempunyai bilangan murid
                      hampir  2000  orang,  150  guru  dan  21  staf  sokongan.  Bilangan  bilik  darjah  adalah
                      sebanyak  71  buah  yang  mana  terdiri  daripada  47  kelas  sesi  pagi  dan  24  kelas  sesi
                      petang.




           LAGU SEKOLAH






           Lagu :Teo Chiang Chye
            Lirik :Teo Boon Khoo

                  Sekolah Tun Haji Abdul Malek                       Sekolah Tun Haji Abdul Malek
                  Kaulah yang kami sanjung dan kasih                 Kaulah yang kami sanjung dan kasih
                  Dalam pendidikan dan sukan                         Dalam pendidikan dan sukan
                  Mara ke arah jaya                                  Mara ke arah jaya


                  Marilah bersama                                    Disiplin, harmoni
                  Korbankan jiwa dan raga                            dijunjung sepenuh hati
                  Menuntut, belajar dengan penuh dedikasi                   Bergerak maju
                  Berilmu, berbakti                                  Membina negara makmur
                  menjadi cogan kata                                 Berani, bertekun
                  Marilah bersama                                    Bersatu kita maju
                  Melangkah tingkatkan imej kita                     Moga-moga cita dicapai
                                                                     Kami harapan bangsa
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11