Page 34 - manual pengurusan sekolah 2018
P. 34

MANUAL  PENGURUSAN SEKOLAH 2018


                 56.1    Pastikan semua butiran dalam Senarai Semak dipatuhi dan
                        dilaksanakan
                 56.2    Senarai Semak yang telah lengkap diisi hendaklah diserah ke pejabat.
          57.    SURAT ATAU PEKELILING KELUAR/MASUK DARI PPD / JPN /KPM UNTUK TINDAKAN
                 57.1   Bertindak segera apabila surat diminitkan kepada guru berkenaan.
                 57.2   Bincang dengan pihak Pentadbir dan serah kepada pentadbir    berkenaan
                        untuk semakan/ simpanan fail.
                 57.3   Pastikan  semua  surat  yang  keluar  perlu  disertakan  surat  iringan  dan  perlu
                        ada salinan sekolah mengikut format surat yang telah ditetapkan.
                 57.4    Semua  surat  keluar  yang  menggunakan  kepala  surat  alamat  sekolah  perlu
                        ditandatangani oleh Guru Besar selaku Ketua Jabatan.
          58.    SURAT KELUAR KE PPD/JPN/KPM
                 58.1    Sebarang surat-menyurat berkaitan dengan hal sekolah atau
                        perjawatan hendaklah melalui dan salinan Guru Besar terlebih dahulu.
                 58.2    Semua surat rasmi perlu mengikut format surat rasmi yang telah
                        ditetapkan.
          59.    TUGASAN LUAR (JURULATIH UTAMA/FASILITOR/KAKITANGAN SUMBER).
                 59.1   Guru yang terlibat dengan tugasan-tugasan rasmi luar masih tertakluk
                        kepada kelulusan/kebenaran Guru Besar
                 59.2    Guru perlu mengutamakan tugasan sekolah tempat bertugas.
          60.    URUSAN DENGAN PELAWAT/TETAMU
                 60.1    Pastikan semua pelawat melaporkan diri di pondok pengawal sekolah
                        dan berurusan di Pejabat/ Guru Besar.
                 60.2    Pihak tertentu / syarikat/wakil insuran atau orang perseorangan yang
                        hendak berjumpa dengan guru hendaklah melapor atau mendapat
                        kebenaran Guru Besar di pejabat terlebih dahulu.
                 60.3    Orang luar juga dilarang berjumpa atau berurusan dengan pelajar di
                        bilik darjah atau semasa guru sedang mengajar.(SPI bil 8/2011)
                 60.4    Orang luar yang mendapat kebenaran daripada Guru Besar /Pentadbir
                        akan dibekalkan dengan pas Lawatan.
          61.    URUSAN DENGAN PPD DAN JPN
                 61.1    Setelah mendapat kebenaran dan kelulusan atau arahan Guru Besar.
                 61.2    Berpakaian rasmi (pakaian kerja).
          62.    VISI DAN MISI SEKOLAH (DIPAMERKAN)
                 62.1    Semua guru perlu memahami serta menghayati visi dan misi sekolah
                 selaras dengan kehendak semasa.
                 62.2    Semua guru perlu memperingatkan kepada semua warga sekolah
                 tentang visi dan misi sekolah.

                                       PROSEDUR KERJA GURU KELAS

                                        1.JADUAL KEDATANGAN

                              Proses Kerja                            Petunjuk/catatan


                                                                                            30
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39