Page 39 - manual pengurusan sekolah 2018
P. 39

MANUAL  PENGURUSAN SEKOLAH 2018


          a)     Mengawas perhimpunan murid-murid pada waktu pagi dan pada bila-bila masa jika
                 perhimpunan diadakan pada hari itu.
          b)     Pastikan murid berbaris dengan lurus dan mengikut kelas masing-masing.
          c)     Pastikan tidak ada yang berbual semasa ucapan,pengumuman dibuat.
          d)     Pastikan kerusi untuk guru mencukupi dan teratur.
          e)     Tentukan alat siaraya berfungsi dengan baik dan sedia digunakan.
          f)     Pastikan ucapan dan pengumuman padat dan ringkas serta perhimpunan bersurai tepat
                 mengikut waktu. Sediakan Minit Curai untuk makluman semua guru.
          4.SELEPAS PERHIMPUNAN
          a)     Membantu pengawas mengawasi pergerakan pelajar balik ke kelas masing-masing dengan
                 teratur dan tidak membuat bising serta membuat pemeriksaan kebersihan diri murid.
          b)      Mengawasi pergerakan pelajar sepanjang masa persekolahan berjalan supaya tiada pelajar
                 yang berkeliaran tanpa sebab,tiada kelas yang terlalu bising dan pastikan pelajar yang keluar
                 memakai kad keluar.
          5. MASA 20 MINIT
          a)     20 minit sebelum dan selepas loceng pertama, bantu pengawas awasi pelajar di pintu masuk
                 dan menahan pelajar yang datang lewat.
          b)     Guru bertugas diminta berada di laluan jalan balik untuk memantau pergerakan pelajar keluar
                 dari kawasan sekolah secara tertib dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
          6. PENGURUSAN HAL EHWAL PELAJAR
          a)     Mengawas murid-murid sakit/mendapat kemalangan mengikut arahan Guru Besar dan
                 Penolong Kanan.
          b)     Pertimbangan rawatan kecemasan .(JANGAN SEKALI-KALI MEMBERI UBAT KEPADA
                 PELAJAR)
          c)     Kalau terlalu serius uruskan penghantaran ke hospital dan maklumkan kepada Penolong Kanan
                 HEM untuk menghubungi waris.
          d)     Hubungi ibu bapa /Waris, maklum, jika perlu hubungi ambulans.
          7.PENYELIAAN
          1)     Bagi tujuan memastikan premis di bawah sentiasa berada di dalam keadaan :-
                 > Bersih> Kemas> teratur> Ceria
          a)     Bilik Darjah    b) Bangunan   c) Tandas dan bilik air   d) Kantin   e) Kawasan
                 sekolah
          2.     Buat laporan segera jika berlaku:-
                 > kerosakan /kebocoran   > Pencerobohan /vandalisma
          8.KESELAMATAN JALANRAYA
          a)     Mengawas keselamatan murid menyeberang jalanraya dan yang menunggu kenderaan pada
                 waktu lepas persekolahan.
          b)      Membantu murid berpayung semasa hujan waktu pagi semasa hadir ke sekolah.
          9. DISIPLIN
          a)     Mengawal disiplin murid-murid pada waktu tidak mengajar terutamanya pada waktu rehat ,guru
                 bertugas hendaklah meronda ke seluruh bangunan dan kawasan sekolah untuk mengawas
                 kelakuan murid.
          b)     Mengawasi sekitar kantin sekolah bagi memastikan peraturan membeli makanan dan minuman
                 dipatuhi murid.
          10. PENGAWAS SEKOLAH
          a)     Mengawas pengawas-pengawas sekolah menjalankan tugas-tugas mereka mengikut
                 sebagaimana yang diatur oleh Guru Besar /Guru pengawas/Penolong Kanan HEM.
          11.PENGUMUMAN
          a)     Menyampaikan pengumuman kepada murid-murid bagi pihak Guru Besar /Penolong Kanan 1,
                 Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan ko-kurikulum pada bila-bila masa jika dikehendaki.
                                                                                            35
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44