Page 38 - manual pengurusan sekolah 2018
P. 38

MANUAL  PENGURUSAN SEKOLAH 2019


          a)     Mengawas keselamatan murid menyeberang jalanraya dan yang menunggu kenderaan pada
                 waktu lepas persekolahan.
          b)      Membantu murid berpayung semasa hujan waktu pagi semasa hadir ke sekolah.
          9. DISIPLIN
          a)     Mengawal disiplin murid-murid pada waktu tidak mengajar terutamanya pada waktu rehat ,guru
                 bertugas hendaklah meronda ke seluruh bangunan dan kawasan sekolah untuk mengawas
                 kelakuan murid.
          b)     Mengawasi sekitar kantin sekolah bagi memastikan peraturan membeli makanan dan minuman
                 dipatuhi murid.
          10. PENGAWAS SEKOLAH
          a)     Mengawas pengawas-pengawas sekolah menjalankan tugas-tugas mereka mengikut
                 sebagaimana yang diatur oleh Guru Besar /Guru pengawas/Penolong Kanan HEM.
          11.PENGUMUMAN
          a)     Menyampaikan pengumuman kepada murid-murid bagi pihak Guru Besar /Penolong Kanan 1,
                 Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan ko-kurikulum pada bila-bila masa jika dikehendaki.
          12. KEBENARAN
          a)     Memberi kebenaran murid-murid meninggal/keluar daripada kawasan sekolah bersama
                 ibubapa/ waris dengan menandatangani Buku Kebenaran Keluar dan borang kawalan
                 pengawal.
          13. PERKARA-PERKARA LAIN
          a)     Menjalankan tugas-tugas lain sebagaimana yang diarahkan oleh Guru Besar /Penolong Kanan.
          b)     Sekurang-kurangnya seorang guru bertugas berada di kawasan sekolah 20 minit selepas
                 loceng balik dibunyikan.

          Garis panduan baru (peraturan-peraturan Pendidikan ,Disiplin Murid-1998) Dikeluarkan bagi menjelaskan
          serta memberi tafsiran  berhubung kesalahan Dan Hukuman untuk mendisiplinkan pelajar.Berikut
          merupakan Jadual Peraturan-Peraturan Pendidikan yang menggariskan Jenis Kesalahan
          berat,sederhana,ringan dan biasa serta bentuk hukuman.


          KESALAHAN DAN HUKUMAN

        KATEGORI         JENIS KESALAHAN               TINDAKAN/             PENENTU DAN
                                                                             PELAKSA
        KESALAHAN                                      HUKUMAN               HUKUMAN/TINDAKAN

                         1.Jenayah tafsiran polis di luar   1.Siasatan polis
                         kawasan sekolah.
                                                       2. Gantung sekolah
                         2.Jenayah tafsiran polis berlaku di   atau buang sekolah.
                         luar kawasan sekolah dan
                         dimaklumkan kepada sekolah.
        JENAYAH                                                              Mahkamah
                         3.Jenayah dalam konteks sekolah
                         dan dilaksanakan dalam kawasan                      Lembaga Disiplin
                         sekolah seperti dinyatakan dalam                    sekolah
                         Buku Rekod salahlaku.
                         1.Salah laku seperti yang     1.Sebatan dengan rotan
                         dinyatakan dalam jadual 3(a)   atau pembaris tidak
                                                       kurang 3 kali dan tidak   Lembaga Disiplin
                         2.Salah laku sederhana kali   melebihi 7 kali.      Sekolah


                                                                                            33
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43