Page 37 - manual pengurusan sekolah 2018
P. 37
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2019
SENARAI TUGAS UNTUK GURU BERTUGAS MINGGUAN
SEMUA GURU BERTUGAS, BERTUGAS SEBAGAI SATU PASUKAN.
1. KETUA:
a) Bertanggungjawab mengagihkan tugas guru bertugas.
b) Kekemasan laporan yang dibuat.
c) Mendapatkan buku bertugas pada hari pertama bertugas.
d) Mengumpul dan menyerahkan laporan lengkap pada hari terakhir bertugas.
2.SEMUA GURU BERTUGAS
a) Berada di dalam kawasan sekolah 20 minit sebelum loceng berbunyi pukul 7.40 pagi.
b) Berada di stesen masing-masing pada waktu pagi,rehat dan selepas sekolah.
c) Pulang 30 minit selepas loceng akhir berbunyi / setelah dipastikan semua pelajar telah pulang.
3.WAKTU PERHIMPUNAN MURID
a) Mengawas perhimpunan murid-murid pada waktu pagi dan pada bila-bila masa jika
perhimpunan diadakan pada hari itu.
b) Pastikan murid berbaris dengan lurus dan mengikut kelas masing-masing.
c) Pastikan tidak ada yang berbual semasa ucapan,pengumuman dibuat.
d) Pastikan kerusi untuk guru mencukupi dan teratur.
e) Tentukan alat siaraya berfungsi dengan baik dan sedia digunakan.
f) Pastikan ucapan dan pengumuman padat dan ringkas serta perhimpunan bersurai tepat
mengikut waktu. Sediakan Minit Curai untuk makluman semua guru.
4.SELEPAS PERHIMPUNAN
a) Membantu pengawas mengawasi pergerakan pelajar balik ke kelas masing-masing dengan
teratur dan tidak membuat bising serta membuat pemeriksaan kebersihan diri murid.
b) Mengawasi pergerakan pelajar sepanjang masa persekolahan berjalan supaya tiada pelajar
yang berkeliaran tanpa sebab,tiada kelas yang terlalu bising dan pastikan pelajar yang keluar
memakai kad keluar.
5. MASA 20 MINIT
a) 20 minit sebelum dan selepas loceng pertama, bantu pengawas awasi pelajar di pintu masuk
dan menahan pelajar yang datang lewat.
b) Guru bertugas diminta berada di laluan jalan balik untuk memantau pergerakan pelajar keluar
dari kawasan sekolah secara tertib dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
6. PENGURUSAN HAL EHWAL PELAJAR
a) Mengawas murid-murid sakit/mendapat kemalangan mengikut arahan Guru Besar dan
Penolong Kanan.
b) Pertimbangan rawatan kecemasan .(JANGAN SEKALI-KALI MEMBERI UBAT KEPADA
PELAJAR)
c) Kalau terlalu serius uruskan penghantaran ke hospital dan maklumkan kepada Penolong Kanan
HEM untuk menghubungi waris.
d) Hubungi ibu bapa /Waris, maklum, jika perlu hubungi ambulans.
7.PENYELIAAN
1) Bagi tujuan memastikan premis di bawah sentiasa berada di dalam keadaan :-
> Bersih> Kemas> teratur> Ceria
a) Bilik Darjah b) Bangunan c) Tandas dan bilik air d) Kantin e) Kawasan
sekolah
2. Buat laporan segera jika berlaku:-
> kerosakan /kebocoran > Pencerobohan /vandalisma
8.KESELAMATAN JALANRAYA
32