Page 32 - manual pengurusan sekolah 2018
P. 32

MANUAL  PENGURUSAN SEKOLAH 2019




          55.    SENARAI SEMAK BUDAYA TUTUP DAN BUKA SEKOLAH
                 55.1    Pastikan semua butiran dalam Senarai Semak dipatuhi dan dilaksanakan.
                 55.2    Senarai Semak yang telah lengkap diisi hendaklah diserah ke pejabat
          56.    URUSAN DENGAN PPD DAN JPN
                 56.1    Setelah mendapat kebenaran dan kelulusan atau arahan Guru Besar.
                 56.2    Berpakaian rasmi (pakaian kerja).
          57.    SURAT ATAU PEKELILING KELUAR/MASUK DARI PPD / JPN /KPM UNTUK TINDAKAN
                 57.1   Bertindak segera apabila surat diminitkan kepada guru berkenaan.
                 57.2   Bincang  dengan  pihak  Pentadbir  dan  serah  kepada  pentadbir  berkenaan
                        untuk semakan/ simpanan fail.
                 57.3   Pastikan  semua  surat  yang  keluar  perlu  disertakan  surat  iringan  dan  perlu
                        ada salinan sekolah mengikut format surat yang telah ditetapkan.
                 57.4    Semua  surat  keluar  yang  menggunakan  kepala  surat  alamat  sekolah  perlu
                        ditandatangani oleh Guru Besar selaku Ketua Jabatan.
          58.    SURAT KELUAR KE PPD/JPN/KPM
                 58.1    Sebarang surat-menyurat berkaitan dengan hal sekolah atau
                        perjawatan hendaklah melalui dan salinan Guru Besar terlebih dahulu.
                 58.2    Semua surat rasmi perlu mengikut format surat rasmi yang telah
                        ditetapkan.
          59.    VISI DAN MISI SEKOLAH (DIPAMERKAN)
                 59.1    Semua guru perlu memahami serta menghayati visi dan misi sekolah
                        selaras dengan kehendak semasa
                 59.2     Semua guru perlu memperingatkan kepada semua warga sekolah
                        tentang visi dan misi sekolah
          60.    URUSAN DENGAN PELAWAT/TETAMU
                 60.1    Pastikan semua pelawat melaporkan diri di pondok pengawal sekolah
                        dan berurusan di pejabat/ guru gesar.
                 60.2    Pihak tertentu / syarikat/wakil insuran atau orang perseorangan yang
                        hendak berjumpa dengan guru hendaklah melapor atau mendapat
                        kebenaran guru besar di pejabat terlebih dahulu.
                 60.3    Orang luar juga dilarang berjumpa atau berurusan dengan murid di
                        bilik darjah atau semasa guru sedang mengajar.(SPI bil 8/2011)
                 60.4    Orang luar yang mendapat kebenaran daripada guru besar /pentadbir
                        akan dibekalkan dengan pas lawatan.









                                                                                            27
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37