Page 27 - manual pengurusan sekolah 2018
P. 27

MANUAL  PENGURUSAN SEKOLAH 2019


                 28.5    Sekiranya seseorang murid didapati tidak hadir melebihi hari yang
                        ditetapkan ,maka guru perlu mengambil tindakan mengikut prosedur
                        yang telah ditetapkan.
                 28.6    Jadual kedatangan murid mestilah diserahkan ke pejabat sebelum
                        permulaan waktu ketiga.
                 28.7    Guru adalah dilarang sama sekali membawa pulang buku jadual
                        kedatangan murid.
          29.    KAWASAN LARANGAN MURID
                 29.1    Murid tidak dibenarkan masuk ke kawasan larangan sekolah iaitu
                        pejabat,bilik Penolong Kanan ,bilik guru,makmal komputer,makmal
                        sains,pusat sumber sekolah, bengkel RBT  selain mendapat kebenaran
                        daripada guru dengan menggunakan pas.
          30.    PAKAIAN GURU DAN STAF
                 30.1    Semua guru/kakitangan dikehendaki berpakaian lengkap dan kemas
                               seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
                        Kasut sukan.seluar jeans,slacks dan tracksuit,baju T,jersi,seluar pendek,
                        ketat ,sendat dan apa-apa pakaian menutup muka serta lain-lain pakaian dari
                        jenis kain jarang dan menjolok mata tidak boleh dipakai.
                               (Rujuk : SPI Bil.6/1985 dan SPP Bil.2/1985)
                 30.2   Pakaian uniform lengkap hendaklah dipakai pada setiap hari Rabu,
                        berbaju batik pada hari Khamis, berbaju Melayu pada hari Jumaat
                        sepertimana yang telah ditetapkan oleh KPM dan JPN
                 30.3   Guru  dibenarkan  memakai  pakaian  sukan  lengkap  sepanjang  hari
                        persekolahan  semasa  hari  kegiatan  Pendidikan  Jasmani    ataupun  mengikut
                        kesesuaian      aktiviti   dengan       kebenaran      guru      besar.
                        (Contoh:Aktiviti Sukan/ Gotong Royong )
                 30.4   Semua  guru  dan  staf  mesti  memakai  tanda  nama  sepanjang  waktu
                        persekolahan . (latar hitam dan tulisan nama berwarna putih).
                 30.5   Guru lelaki tidak digalakkan berambut panjang atau membuat rambut
                        yang berfesyen.
          31.    KELAS TAMBAHAN/INTENSIF
                 31.1   Guru yang ingin mengadakan projek/aktiviti/kelas tambahan di luar
                        waktu persekolahan iaitu selepas masa persekolahan atau pada hari
                        sabtu atau ahad perlu mendapat kebenaran Guru Besar dengan mengisi
                        borang yang telah disediakan di pejabat.
                 31.2    Pihak kawalan keselamatan sekolah perlu di maklumkan.
                 31.3    Pastikan guru berkenaan hadir dan bertanggungjawab sepenuhnya
                        pada kelas tersebut.
          32.    PENGLIBATAN LUAR
                 32.1   Guru tidak boleh terlibat dengan perniagaan atau kerja-kerja sampingan yang
                        boleh menjejaskan tugas
                 32.2   Perlu mendapat kebenaran JPN untuk membuka kelas tusyen luar, menulis
                        buku atau terlibat aktif di dalam pertubuhan politik.


                                                                                            22
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32