Page 23 - manual pengurusan sekolah 2018
P. 23
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2019
11.2 Semua kesalahan yang didapati dalam tiap-tiap latihan bertulis hendaklah
dibuat pembetulan sebelum menjalankan latihan baru.
11.3 Tahun 3 hingga tahun 6 hendaklah mengadakan Karangan Bertulis sekurang-
kurangnya empat kali dalam satu bulan.
11.4 Buku rampaian/latihan Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains
hendaklah dihantar kepada Guru Besar/Penolong Kanan apabila diarahkan
oleh Guru Besar.
12. UJIAN DAN PEPERIKSAAN
12.1 Ujian dan Peperiksaan hendaklah berpandukan seperti tercatat di dalam
Takwim Sekolah/Takwim Peperiksaan.
12.2 Keputusan Penilaian pencapaian murid perlu disiapkan dan dihantar kepada
Guru Besar lengkap dengan markah, mata Pendidikan bersama-sama dengan
gred, jumlah markah keseluruhan, peratus dan kedudukan dalam kelas dan
juga kedudukan dalam semua kelas.
12.3 Analisa Keputusan Penilaian perlu disiapkan dan diserahkan kepada Guru
Penolong Kanan/Setiausaha Peperiksaan.
13. DOKUMEN PERSEDIAAN MENGAJAR (DPM)
13.1. Semua guru dikehendaki mengajar seperti mana yang tercatat di dalam
Dokumen Persediaan Mengajar (DPM).
13.2 DPM hendaklah ditulis dengan kemas, jelas dan teratur serta sentiasa dalam
keadaan dikemaskinikan. Untuk tahun 2019 semua DPM perlu ditulis
berdasarkan arahan JPPP.
13.3 Butiran-butiran dalam rancangan persediaan mengajar harian perlulah
sentiasa ditulis dan dikemaskini.
13.4 DPM mestilah diserahkan ke pejabat pada setiap hari Jumaat waktu akhir
untuk semakan dan ditandatangani oleh Guru Besar. Sekiranya guru tidak
menghantar DPM sebanyak 3 kali , surat amaran akan dikeluarkan.
13.5 DPM yang telah lengkap hendaklah dihantar bagi kali pertamanya pada hari
JUMAAT 25 JANUARI 2019. Walaubagaimanapun rancangan persediaan
mengajar harian perlulah ditulis setiap hari mulai hari pertama persekolahan
2 JANUARI 2019
14. CUTI REHAT KHAS (CRK)
14.1 Setiap guru diberi peruntukan cuti rehat khas sebanyak 10 hari setahun.
14.2 Guru layak memohon cuti tetapi kelulusan atas budi bicara Guru Besar.
14.3 Semua permohonan borang CRK dalam 2 salinan diserah sendiri kepada
penolong kanan Pentadbiran untuk sokongan sebelum mendapat
kelulusan daripada Guru Besar.
14.4 Permohonan cuti yang dirancang perlu dibuat permohonan 3 hari lebih
awal sebelum tarikh permohonan cuti tersebut.
14.5 Sekiranya ada kecemasan dan ingin memohon cuti rehat khas ,sila
pastikan guru berkenaan menghubungi pihak pentadbir sekolah bagi
tujuan guru ganti dan setelah kembali semula pastikan borang cuti diisi.
18