Page 22 - manual pengurusan sekolah 2018
P. 22
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2019
a) Pintu dan tingkap ditutup
b) Kipas dan lampu dipadam
c) Sampah sarap dikumpul
d) Meja dan kerusi disusun kemas.
7.5 Semua guru digalakkan pulang hanya selepas 10 minit loceng akhir
dibunyikan untuk mengelakkan kesesakan bersama murid.
8. PERHIMPUNAN RASMI
8.1 Perhimpunan rasmi akan diadakan seminggu sekali pada setiap hari Isnin jam
7.30 pagi atau pada hari-hari dan masa-masa yang lain yang ditetapkan oleh
Guru Besar .
8.2 Semua guru diwajibkan hadir dalam perhimpunan.
8.3 Semua guru dikehendaki memakai tag nama dan guru lelaki dikehendaki
memakai tali leher pada setiap hari Isnin semasa perhimpunan diadakan.
8.4 Guru Besar/ guru bertugas akan membuat pengumuman-pengumuman yang
perlu dan juga membuat apa-apa teguran atau memberi nasihat kepada
murid. [ Ruj : Per. Ikhtisas KP Bil.9/1975-KP 86-9/1 (79)].
9. KEGIATAN KOKURIKULUM
9.1 Kegiatan kokurikulum adalah wajib bagi semua guru.
9.2 Perancangan bagi kelab/persatuan dan permainan hendaklah melibatkan
semua murid Tahun 3 hingga 6.
9.3 Guru hendaklah memberi latihan kepada murid dalam bidang kepimpinan,
displin, bertanggungjawab, taat setia kepada sekolah dan negara dan
memberi galakan dalam bidang pengajian tertentu seperti mengadakan
ceramah, bahas, lawatan dan sebagainya.
9.4 Guru dikehendaki menyimpan rekod-rekod mengenai semua aktiviti yang
telah dijalankan. Rekod digunakan sebagai eviden hendaklah diserahkan
kepada PK Kokurikulum mengikut ketetapan dalam mesyuarat.
10. TATATERTIB
10.1 Adalah tanggungjawab semua guru untuk menjaga dan mengekalkan displin
murid-murid semasa di dalam atau di luar kelas.
10.2 Guru hendaklah melaporkan murid yang kerap melanggar peraturan sekolah,
tidak mengikut teguran dan nasihat dan sebagainya kepada Guru Displin atau
Guru Besar.
10.3 Guru diingatkan jangan mengarahkan murid balik atau keluar dari bilik darjah
atau melarang mengikuti Pendidikan sebagai hukuman kerana tidak
berdisplin.
10.4 Guru TIDAK DIBENARKAN merotan murid untuk sebarang kesalahan yang
dilakukan oleh murid.
11. BUKU RAMPAIAN
11.1 Semua latihan bertulis hendaklah diperiksa pada hari itu atau pada hari yang
berikut.
17