Page 24 - manual pengurusan sekolah 2018
P. 24
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2019
14.6 Guru tidak dibenarkan bercuti selagi permohonan belum mendapat
kebenaran atau kelulusan Guru Besar. Layak memohon sahaja tetapi
bukan hak mutlak.
15. CUTI SAKIT
15.1 Sekiranya cuti sakit ,serahkan sijil cuti sakit kepada Guru Besar pada hari
berikutnya.
15.2 Andainya cuti sakit lebih dari 2 hari,sila dapatkan pengesahan daripada
doktor kerajaan.
15.3 Sijil cuti sakit dari klinik kerajaan atau swasta hanya terhad kepada
hanya 15 hari bagi setiap tahun. Perlu diingat, setiap cuti sakit yang diambil
boleh menjejaskan kiraan ganjaran pencen kelak
15.4 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun samada berterusan atau putus-
putus akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian
Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji.
(Rujuk : SPP Bil.2/2006)
16. CUTI HAJI / CUTI UMRAH/ CUTI BERSALIN / CUTI TANPA REKOD / CUTI TANPA GAJI
16.1 Segala dokumen/sijil/surat perlu dikemukakan bersama borang permohonan
melalui Guru Besar sebelum dihantar ke JPN untuk kelulusan.
16.2 Permohonan perlu dibuat lebih awal mengikut prosedur yang sedia ada.
16..3 Istilah ‘keluarga terdekat ‘ ialah isteri/suami ,anak-anak, ibu bapa dan mertua
guru itu sahaja.,Adik-beradik tidak termasuk dalam istilah keluarga terdekat.
16.4 i)Cuti Haji - 40 hari (Perintah Am Bab C)
ii) Cuti Umrah -7 hari bekerja (SPP Bil. 3/2017)
iii)Cuti Bersalin- 90 hari@60 hari ,suami layak 7 hari (Layak untuk 5 kali
sepanjang perkhidmatan (SPP Bil.5/2017)
iv) Cuti Tanpa Rekod –tidak melebihi 14 hari setahun ( Perintah Am Bab C)
v) Cuti Tanpa Gaji – tidak ada had/tempoh yang ditetapkan tetapi mengikut
tempoh perkhidmatan.Cuti tanpa gaji untuk tujuan ke luar negara hanya
boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.(SPP Bil.4/2009)
17. CUTI KELUAR NEGARA
17.1.1 Semua guru yang hendak bercuti ke luar negara perlu mendapat kelulusan
JPN (Unit Perhubungan Dan Pendaftaran)
17.1.2 Borang permohonan perlu di kemukakan sekurang-kurangnya 21 hari dari
tarikh mula bercuti.(Online ke unit Perhubungan JPN)..
18. CUTI MENGHADIRI PEPERIKSAAN
18.1 Kebenaran diberi dengan syarat guru berkenaan telah mendapat kebenaran
secara bertulis daripada Kementerian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan
Negeri untuk mengikuti pengajian tersebut.
19. CUTI PENGGAL
19.1 Guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan
cuti rehat tahunan . Walau bagaimana pun ,guru boleh dipanggil
bertugas oleh guru besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti
sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas
mengajar.
19