Page 28 - manual pengurusan sekolah 2018
P. 28

MANUAL  PENGURUSAN SEKOLAH 2019


          33.    LAIN-LAIN TEMUJANJI
                 33.1    Temujanji dengan doktor hendaklah seboleh-bolehnya dibuat di luar
                        waktu bertugas atau pada masa cuti sekolah.
                 33.2    Jika tidak dapat dielakkan dan terpaksa dibuat pada waktu
                        bertugas,guru berkenaan hendaklah kembali bertugas sebaik sahaja
                        selesai temujanji jika waktu persekolahan belum berakhir.’Time slip”
                        hendaklah dikemukakan sebagai bukti temujanji tersebut.
                 33.3    Sebarang temujanji lain atau urusan peribadi hendaklah dibuat di luar
                        waktu bertugas/persekolahan.
          34.     PBPPP/LAPORAN NILAI PRESTASI TAHUNAN (LNPT)
                 34.1    Borang  Keberhasilan  (PBPPP)/  LNPT  perlu  diisi  dan  lengkapkan  pada  awal
                        tahun  bersama  sasaran  kerja  tahunan  yang  telah  dirancang  bagi  tempoh
                        tahun semasa.
                 34.2    Semakan dan penilaian semula terhadap rancangan /sasaran kerja bagi
                        tujuan penambahbaikan dilakukan pada pertengahan semester.
                 34.3    Pastikan borang tersebut diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada
                        pihak pentadbir sebelum tamat sesi persekolahan tahun tersebut.
          35.  LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
                 35.1    LDP perlu dihadiri oleh guru sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun
                 35.2    Guru perlu memastikan  Laporan LDP diisi dan disahkan oleh ketua
                        jabatan/pihak  penganjur.
                 35.3    Salinan Kad Laporan perlu dihantar ke jabatan pada akhir tahun atau melalui
                        secara online.
          36.    MELAKSANAKAN ARAHAN/TUGAS/PERINTAH
                 36.1    Apabila diarahkan/ditugaskan untuk melaksanakan sesuatu arahan /
                         tugas /perintah atau lain-lain sebagai contoh menghadiri mesyuarat/
                        seminar/taklimat/bengkel/kursus dan sebagainya ,diminta membawa
                        murid maka guru berkenaan perlu hadir dan tidak boleh diganti
                        dengan orang lain tanpa kebenaran Guru Besar .Sekiranya ada
                        pertukaran ,maka perlu mendapat persetujuan guru yang sanggup jadi
                        pengganti serta memaklumkan pertukaran ini kepada Guru Besar
                        secara bertulis.
                 36.2    Setiap guru yang hadir mesyuarat /bengkel/taklimat/kursus perlu
                        membuat laporan kepada Guru Besar melalui borang minit curai yang
                        disediakan.
                 36.3    Guru juga perlu akur pada arahan melalui edaran/pekeliling sekolah
                        terutama berkaitan dengan tarikh-tarikh penting yang telah ditetapkan
                        supaya tidak menimbulkan kesulitan dan mengganggu perjalanan
                        pengurusan pentadbiran sekolah.
          37.    MEMBAWA MURID UNTUK AKTIVITI LUAR
                 37.1    Guru yang terlibat dengan aktiviti luaran bersama murid perlu
                        mendapatkan kebenaran bertulis daripada waris dan senarai terlibat
                        diserahkan kepada GB/PK  untuk makluman.



                                                                                            23
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33