Page 30 - manual pengurusan sekolah 2018
P. 30

MANUAL  PENGURUSAN SEKOLAH 2019


          42.    PEMBELIAN DAN PEMESANAN BARANGAN
                 42.1    Sebarang pembelian dan pesanan alatan/barangan hendaklah melalui
                        Ketua Panitia masing-masing dengan menggunakan Borang Nota Minta
                        untuk mendapat kelulusan daripada Guru Besar/Penolong Kanan.
                 42.2    Pastikan semua pembelian hendaklah ada dalam perancangan terlebih
                        dahulu dan dirujuk pada baki peruntukan yang sedia ada, bajet
                        tahunan/jumlah PCG.
                 42.3    Pesanan barangan sendiri secara ‘online’ tidak dibenarkan
                        menggunakan alamat sekolah.
          43.    PENGAWASAN PEPERIKSAAN AWAM
                 43.1   Guru tidak boleh menolak lantikan kecuali atas sebab sarat
                        mengandung , sakit berterusan dan berkursus, tidak digalakkan untuk
                        SPM/STPM/ SVM.
          44.    PENGGUNAAN ALATAN / HARTA BENDA SEKOLAH
                 44.1    Sebarang penggunaan alat hendaklah digunakan dengan betul
                        mengikut tatacara/kaedah penggunaan .
                 44.2    Perlu mendapat kebenaran Ketua Panitia atau penjaga stok dan perlu
                        direkodkan.
                 44.3    Sekiranya meminjam alat / benda ,pastikan dikembalikan dengan kadar
                        segera dan tidak rosak/hilang.
                 44.4    Alatan / harta benda tidak dibenarkan dibawa ke rumah tanpa
                        kebenaran Guru Besar.
          45.     PENGGUNAAN MESIN FOTOSTAT DAN RISOGRAF
                 45.1    Sebarang bahan cetakan adalah untuk edaran dalaman sekolah sahaja.
                 45.2    Sebarang bahan yang hendak di cetak perlu mengisi borang  yang telah
                        disediakan di pejabat.
                 45.3    Guru dilarang menggunakan kedua-dua mesin tersebut tanpa
                        kebenaran Guru Besar.
                 45.4    Borang permohonan perlu dihantar lebih awal sebelum bahan cetak itu
                        hendak digunakan iaitu 3 hari sebelum tarikh bahan cetak digunakan.
          46.    PENGGUNAAN TELEFON SEKOLAH
                 46.1    Penggunaan telefon sekolah hanya tujuan urusan rasmi sahaja dan
                        perlu direkodkan dalam buku daftar telefon.
                 46.2    Guru dan murid yang hendak menggunakan telefon sekolah hanya
                        atas urusan kecemasan maka perlu mendapat kebenaran terlebih
                        daripada Guru Besar.
          47.     PENGGUNAAN WAKTU ‘FREE PERIOD’
                 47.1    Guru diminta membuat perancangan / persediaan mengajar.
                 47.2    Memeriksa buku latihan murid.
                 47.3    Perbincangan secara profesional dengan rakan-rakan untuk PLC.
                 47.4    Menyediakan alat bantu mengajar ,menyediakan laporan/analisis dan
                        sebagainya.
          48.    PENGISTIHARAN HARTA



                                                                                            25
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35