Page 26 - manual pengurusan sekolah 2018
P. 26

MANUAL  PENGURUSAN SEKOLAH 2019


                 24.8   Bagi yang bertukar masuk, gaji masih diuruskan oleh sekolah lama sehingga
                        LPC diterima
                 24.9   Sebarang masalah berkaitan gaji, uruskan dengan pihak sekolah dahulu
                                      sebelum ke JPN.
          25.    PERSARAAN PILIHAN
                 •      Boleh pilih tarikh sama ada pada 1/6 atau 1/12
                 •      Had umur mesti 50 tahun bagi guru lelaki dan 45 tahun bagi guru perempuan
                 •      Permohonan dibuat satu tahun sebelum tarikh
                 •      Dapatkan borang melalui JPN dan hantarkan melalui sekolah
          26.    JADUAL WAKTU GURU GANTI
                 26.1    Jadual guru ganti akan dibuat oleh Penolong Kanan / Guru Jadual
                        Waktu apabila seseorang guru tidak dapat hadir atau menjalankan
                        tugas di luar.
                 26.2    Guru ganti hendaklah memastikan mereka mendapat slip butiran
                        gantian yang akan dilakukan dengan menandatangani pada buku rekod
                        jadual waktu guru ganti.
                 26.3    Guru  yang  akan  berkursus  /  mesyuarat  dan  sebagainya,dikehendaki
                        menyediakan kerja/latihan Pendidikan bagi kelas yang diajarnya supaya  guru
                        ganti  dapat  memanfaatkan  waktu  ganti  tersebut  dengan  aktiviti  yang
                        berfaedah.(MMI)
                 26.4    Guru  ganti  diminta  menyambung  Pendidikan  berkenaan  atau  mengajar
                        Pendidikan  yang  difikirkan  perlu  atau  memberi  latihan/kerja  yang  telah
                        disediakan oleh guru ganti.
          27.    JADUAL WAKTU MENGAJAR
                 27.1    Semua  guru  dikehendaki  mematuhi  jadual  waktu  mengajar  yang  telah
                        ditetapkan.
                 27.2    Guru bersedia untuk masuk ke kelas 5 minit sebelum loceng berbunyi.
                 27.3     Guru yang mengajar hendaklah berada di dalam kelas sepanjang
                         tempoh PdPc.
                 27.4    Sekiranya  seseorang  guru  tidak  dapat  masuk  ke  kelas  dalam  waktu
                        tertentu  ,sila  maklumkan  pada  penolong  Kanan  yang  bertugas  untuk
                        membuat guru ganti.
          28.    JADUAL KEDATANGAN MURID
                 28.1   Jadual kedatangan murid hendaklah ditulis dan ditanda oleh guru kelas
                        secara teratur dan kemas pada setiap hari sebelum permulaan waktu
                        kedua.Tanggungjawab ini tidak boleh ditugaskan pada murid.Sekiranya
                        guru kelas berkenaan tidak hadir ,maka tanggungjawab tersebut perlu
                        dilaksanakan oleh penyelaras kelas.
                 28.2   Semua butiran dan maklumat murid didalam jadual kedatangan murid
                        perlulah lengkap diisi dengan kemas dan teratur.Penggunaan liquid
                        paper adalah dilarang.
                 28.3    Jadual kedatangan hendaklah ditutup pada setiap hari akhir bulan.
                 28.4    Guru perlu mendapatkan bukti tentang sebab murid tidak hadir ke
                        sekolah seperti surat dari waris atau sijil sakit dari doktor.

                                                                                            21
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31