Page 29 - manual pengurusan sekolah 2018
P. 29

MANUAL  PENGURUSAN SEKOLAH 2019


                 37.2    Sekiranya guru perlu membawa murid dengan kenderaan
                        sendiri,peraturan jalanraya perlu dipatuhi.Kebenaran bertulis
                        membawa kenderaan sendiri perlu diperolehi daripada Guru Besar
                 37.3    Guru tidak dibenarkan membawa murid secara berlebihan di dalam
                        sesebuah kenderaan.
                 37.4    Guru yang mengiringi murid tertakluk kepada 10 murid bagi seorang
                        guru.
          38.    MENGHADIRI KURSUS/MESYUARAT/TAKLIMAT/SEMINAR/BENGKEL ANJURAN
                 SEKOLAH/PPD/JPN/KPM
                 38.1    Kehadiran guru adalah wajib.
                 38.2    Sila lengkapkan minit curia sekembalinya daripada
                        mesyuarat/seminar/taklimat/kursus/bengkel untuk makluman serta
                        tindakan pentadbir seterusnya.
                 38.3    Sekiranya tidak dapat hadir ,sila berjumpa terus lebih awal dengan
                        Guru Besar bersama surat tunjuk sebab.
                 38.4    Buku Rekod Mengajar perlu disediakan seperti biasa dan buat catatan.
                 38.5    Siapkan minit curai dan adakan ‘in-house training’ selepas menghadiri kursus.
          39.    MESYUARAT GURU DAN JAWATANKUASA SEKOLAH
                 39.1    Setiap guru mesti hadir pada mesyuarat guru yang diadakan.
                 39.2    Setiap guru yang menjadi ahli jawatankuasa induk sesuatu
                        bidang juga perlu hadir pada mesyuarat yang di adakan.
                 39.3   Sekiranya guru berkenaan tidak dapat hadir ,sila maklumkan kepada
                        Guru Besar sekurang-kurangnya sehari sebelum mesyuarat diadakan.
                 39.4   Pastikan guru membuat catatan semasa mesyuarat dijalankan .
                 39.5    Pencatat minit/setiausaha dikehendaki menyediakan minit mesyuarat
                        selewat-lewatnya 3 hari selepas mesyuarat diadakan dan kemudiannya
                        diedarkan untuk tindakan guru.
          40.     PROSES PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc)
                 40.1    Guru perlu bersedia lebih awal untuk mengajar sebelum masuk ke kelas.
                 40.2    Pastikan guru tidak mengajar sambil duduk kerana ini budaya atau
                        amalan yang tidak baik bagi seorang guru .
                 40.3    Guru mengajar berdasarkan perancangan yang telah dibuat
                        sepertimana tercatat di dalam buku dokumen Persediaan Mengajar.
                 40.4    Guru perlu sentiasa bersedia untuk menerima pemantauan /
                        pencerapan dari pentadbir /pelawat sekolah (Nazir,PPD,JPN,KPM)
                        berdasarkan skor standard 4 SKPMg2.
          41.    PAS KELUAR MURID
                 41.1    Semua kelas diberi dua pas keluar murid.
                 41.2    Pas ini perlu disimpan di dalam kelas pada setiap masa.
                 41.3    Pas keluar diberi kepada murid yang difikirkan perlu sahaja terutama
                        sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.
                 41.4    Guru bertanggungjawab ke atas murid yang dibenarkan keluar.



                                                                                            24
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34