Page 31 - manual pengurusan sekolah 2018
P. 31

MANUAL  PENGURUSAN SEKOLAH 2019


                 48.1    Setiap guru diminta mengistiharkan harta mereka sekurang-kurangnya
                        dalam tempoh 5 tahun.
                 48.2    Sekiranya terdapat pertambahan dalam harta perlu diistiharkan melalui
                        mengisi borang tambahan harta dan hantar ke pejabat.
                 48.3    sebarang pelupusan harta / pelucutan hakmilik harta juga perlu
                        diistiharkan.
          49.    RAHSIA SEKOLAH
                 49.1    Guru adalah dilarang sama sekali membocorkan rahsia sekolah.
                 49.2    Guru adalah dilarang sama sekali membuat kenyataan akhbar berkaitan
                        dengan sekolah (Rujuk Perintah Am).
                 49.3    Guru mestilah menjaga nama baik Jabatan/Kementerian .Tindakan
                        tatatertib boleh diambil mengikut Perintah Am Bab D(24)
          50.    PERINTAH AM
                 50.1    Guru sebagai pegawai kerajaan adalah tertakluk kepada peraturan-
                        peraturan di dalam Perintah Am Persekutuan.Guru-guru dinasihatkan
                        meneliti ,memahami dan mematuhi isi kandungan dokumen-dokumen
                        yang terdapat di dalam buku tersebut,khasnya Bab C dan Bab D.
                 50.2    Sebagai Pendidik ,guru juga hendaklah memahami dan menghayati
                        serta mempraktikkan tatasusila Profesion Perguruan Malaysia.
          51.     PERMOHONAN PINJAMAN PERIBADI
                 51.1    Pemohon perlu mendapatkan kebenaran /kelulusan PPD/JPN.
                 51.2    Pastikan jumlah potongan tidak melebihi 60 peratus daripada jumlah
                        keseluruhan pendapatan bulanan.
                 51.3    Guru besar hendaklah memastikan peraturan ini dipatuhi oleh
                        pemohon.
          52.    PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN/KENDERAAN/KOMPUTER
                 52.1    Pemohon perlu mendapatkan borang samada dari pejabat sekolah atau
                        PPD/JPN/KPM.
                 52.2    Pastikan borang lengkap diisi bersama –sama dokumen sokongan yang
                        dikehendaki.
                 52.3    Semua permohonan mestilah melalui guru besar sekolah untuk
                        sokongan dan pengesahan.
          53.    PERTUKARAN GURU
                 53.1    Permohonan dan semakan pertukaran guru antara negeri dibuat secara
                        online sepanjang tahun.Namun proses pertukaran hanya berlaku dua
                        kali setahun iaitu Jun dan Disember.
                 53.2    Pertukaran guru antara daerah dan dalam daerah perlu dibuat kepada
                        JPN melalui PPD.
                 53.3    Pengesahan dan perakuan daripada ketua jabatan adalah diperlukan.
                 53.4    Pastikan maklumat EMIS/HRMIS guru yang bertukar dibawa bersama.
          54.    TUGASAN LUAR (JURULATIH UTAMA/FASILITOR/KAKITANGAN SUMBER).
                 54.1    Guru yang terlibat dengan tugasan-tugasan rasmi luar masih tertakluk
                        kepada kelulusan/kebenaran guru besar
                 54.2    Guru perlu mengutamakan tugasan sekolah tempat bertugas.

                                                                                            26
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36