Page 25 - manual pengurusan sekolah 2018
P. 25
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2019
20. CUTI KUARANTIN
20.1 Guru layak memohon cuti kuarantin jika anak jagaan (kandung/tiri/angkat)di
bawah umur 18 atau 21 tahun (jika masih belajar) diperakukan oleh pegawai
perubatan kerajaan atau swasta menghidap penyakit berjangkit.
20.2 Tempoh yang diluluskan terhad kepada 5 hari bekerja.
(Rujuk : SPP Bil.11/2016)
21. FAIL-FAIL BIDANG / UNIT/JAWATANKUASA
21.1 Fail-fail yang dalam simpanan peribadi guru seperti fail meja,fail
panitia,fail unit dan sebagainya perlu disimpan di tempat selamat
dalam bilik fail dan sebagainya.
21.2 Kandungan fail hendaklah sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.
21.3 Fail-fail bukanlah milik peribadi dan tidak dibenarkan bawa pulang ke rumah.
21.4 Semua fail perlu ada nombor yang telah ditetapkan menggunakan
sistem fail arked yang sedang digunapakai sekarang.
21.5 Semua fail merupakan dokumen penting sebagai bahan dokumentasi
dan bukti serta menjadi bahan rujukan /semakan/panduan kepada guru.
22. FAIL-FAIL SEKOLAH
22.1 Fail peribadi guru adalah fail sulit dan guru dilarang mengambil atau
melihat kandungan fail tersebut kecuali pentadbir.
22.2 Fail-fail di pejabat yang hendak dirujuk /diambil perlulah melalui
pembantu Tadbir/Pembantu Operasi dan dikembalikan dengan kadar
segera.
23.4 Fail-fail sekolah di pejabat adalah dilarang di bawa keluar dari pejabat.
23. PENGESAHAN JAWATAN & KEMASUKAN KE DALAM JAWATAN BERPENCEN
23.1 Sekolah akan uruskan pengesahan jawatan guru dan kemasukan ke dalam
jawatan berpencen
23.2 Boleh memilih skim pencen atau KWSP
23.3 Pengesahan boleh dibuat setelah lulus kursus induksi (hadir dan lulus dalam
tempoh 3 tahun)
23.4 Tempoh pengesahan bergantung kepada surat tawaran.
24. GAJI
24.1 Persediaan gaji dibuat dua bulan lebih awal
24.2 Potongan yang diuruskan oleh pihak sekolah melibatkan hal yang berkaitan
dengan kerajaan seperti; cukai pendapatan, pinjaman perumahan, KWSP dan
tabung haji.
24.3 Potongan pinjaman bank & koperasi melalui ANGKASA dibuat terus oleh
Akautan Negara Malaysia.
24.4 Jika ada masalah tentang potongan koperasi dan ANGKASA, sila hubungi terus
dengan yang berkenaan.
24.5 Bagi guru yang bertukar masuk ke sekolah ini, gaji hanya akan diproses bila
sekolah menerima Sijik Gaji Akhir (LPC) daripada sekolah asal.
24.6 Kew 8 diproses setelah sekolah mendapat LPC
24.7 Tuntutan gaji dibuat setelah mendapat kelulusan Kew 8
20