Page 21 - manual pengurusan sekolah 2018
P. 21

MANUAL  PENGURUSAN SEKOLAH 2019


                 2.4    Kadar  bayaran  yuran  adalah  tertakluk  kepada  keputusan  dalam  mesyuarat
                        agung kelab tersebut.
                 2.5    Jawatankuasa  bertanggungjawab  ke  atas  kebajikan  guru  dan  kakitangan  di
                        bawah kawalan bidang mereka.
          3.     KEHADIRAN GURU DAN STAF
                 3.1    Semua  guru  dan  staf  dikehendaki  hadir  di  sekolah  sekurang-kurangnya  10
                        minit  sebelum  waktu  rasmi  mula  bekerja.(Contoh  :10  minit  sebelum  pukul
                        7.30pagi )
                 3.2    Waktu hadir dan waktu pulang hendaklah direkodkan dalam buku
                         rekod kehadiran guru, perakam waktu atau lain-lain rekod yang telah
                        ditetapkan oleh sekolah.Semua guru dan staf diwajibkan untuk mengetip kad
                                perakam  waktu menulis waktu sampai ke sekolah dan waktu balik di dalam
                                buku rekod kehadiran yang diletakkan di pejabat.
                        (Ruj :  Arahan Perkhidmatan Bab & Para 1,  SPI BIL. 2/1981 – Ketepatan Masa
                               di Sekolah-sekolah)
             4.   TIDAK HADIR BERTUGAS
                 4.1    Sila  maklumkan  kepada  Guru  Besar/Penolong  Kanan  Pentadbiran  /  pejabat
                        melalui telefon Jika tidak dapat hadir bertugas pada hari berkenaan sebelum
                        atau pada jam 7.00 pagi supaya pihak sekolah dapat mengatur jadual ganti
                        waktu mengajar anda.
            5.   KEBENARAN KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH
                 5.1    Adalah  tidak  dibenarkan  guru-guru  meninggalkan  kawasan  sekolah  semasa
                        waktu  mengajar  bagi  tujuan  peribadi  kecuali  jika  ada  hal  yang  tidak  dapat
                        dielakkan atau setelah mendapat arahan/kebenaran Guru Besar atau arahan
                        daripada  PPD/JPN  dengan  syarat  mendapat  terlebih  dahulu  kebenaran
                        daripada Guru Besar.
                 5.2    Sebelum  meninggalkan  kawasan  sekolah  ,pastikan  guru  tersebut  telah
                        mencatatkan  nama,masa,  tujuan  serta  tandatangan  Guru  Besar  di  dalam
                        Borang  Rekod Keluar di pejabat. (tidak melebihi 4 jam)
           6.    GURU BERTUGAS
                 6.1    Guru bertugas perlu hadir lebih awal 15 minit sebelum loceng   berbunyi
                               semasa datang dan selepas loceng berbunyi semasa balik.
                 6.2    Bertugas sepanjang tempoh bertugas dan membuat laporan harian.
                 6.3    Bertanggungjawab  mengawal  keadaan  ,  kebersihan  ,  keselamatan  ,
                        mengurus  perhimpunan,  kantin  ,  tandas  dan  bangunan  sekolah  serta
                        mengambil tindakan sekiranya perlu berbuat demikian.
          7.     MASA BERSURAI
                 7.1    Guru  yang  mengajar  pada  waktu  akhir  hendaklah  menentukan  murid
                        disuraikan dengan teratur tanpa membuat bising.
                 7.2    Murid beratur dengan didahului oleh ketua darjah dan diiringi oleh guru yang
                        mengajar pada waktu akhir keluar dari bilik kelas dan berkumpul di dewan.
                 7.3    Guru  bertugas  diminta  ada  bersama  murid  di  dewan  untuk  memantau
                        pergerakan murid semasa balik..
                 7.4    Guru sila pastikan semua :

                                                                                            16
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26