Page 64 - PacakFxEbook
P. 64
4.5 INFLASI & PEKERJAAN
Kadar interest rate tidak boleh berada di tahap rendah untuk terlalu lama,
suatu ketika ia perlu dinaikkan semula. Sebagai contoh, pengguna senang
untuk berbelanja dengan membuat pinjaman kerana kadar faedah yang
rendah. Ini membolehkan mereka membuat perancangan untuk membeli
barangan besar seperti rumah dan kereta.
Logiknya untuk menampung permintaan yang semakin banyak, pembuat
barangan tersebut memerlukan lebih ramai pekerja dan menyebabkan kos
semakin meningkat.
Ini sekaligus akan mempercepatkan peningkatan harga barangan tersebut.
Inilah sebabnya interest rate rendah boleh mempercepatkan kadar inasi pada
masa yang sama. Jika keadaan ini tidak terkawal, boleh menyebabkan
hiperinasi.
Jadi central bank sebenarnya menyasarkan kestabilan dalam perkembangan
ekonomi, lebih banyak pekerjaan dan lebih ramai pembayar cukai. Manakala
pengguna pula lebih yakin berbelanja dengan tiada kenaikan mendadak harga
barangan.